Thursday, 29 May 2014

ANAK KEDAH ANTARA YANG BERJAYA TAWAN GREENLAND




Lapan penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 berjaya memuktamadkan ekspedisi di Hill 660 Kangerlusuaq dua hari lalu sekali gus menjadikan rakyat Malaysia sebagai kumpulan pertama dari Asia Tenggara merentasi pulau ais terbesar dunia itu.

Perjalanan sejauh 540 kilometer (km) diharungi lapan anak muda negara hanya mengambil 27 hari berbanding 30 hari anggaran perjalanan yang dijadualkan sebelum ekspedisi bermula.

Presiden Kelab Eksplorasi 7Benua (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kumpulan penjelajah kini berada di Kangerlusuaq sehingga 30 Mei ini dan akan diterbangkan di Nuuk, Greenland sebelum berpelas ke Kuala Lumpur menerusi Bandaraya London pada 2 Jun ini.

Beliau berkata, kumpulan penjelajah negara dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8 pagi pada 3 Jun ini.

LAPAN penjelajah negara yang berjaya tiba di Hill 660 Kangerlusuaq, Greenland.





No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda