Wednesday, 9 April 2014
TERKINI !! PENCARIAN #MH370 MAKIN POSITIF
Misi pencarian MH370 kian meyakinkan apabila signal yang konsisten dengan kotak hitam pesawat berkenaan dikesan kapal HMAS Ocean Shields sebanyak dua kali di Lautan Hindi, semalam.
Perkara ini diumumkan Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston dalam satu sidang media sebentar tadi.
Dengan penemuan ini, Houston yakin misi pencarian kian positif dan akan menemui sesuatu tidak lama lagi.
Pengumuman ini boleh dikatakan penemuan paling meyakinkan selepas Towed Pinger Locator Ocean Shields diumumkan turut mengesan dua isyarat berasingan pada lewat Sabtu dan awal pagi Ahad lalu.
Isyarat tersebut dikatakan konsisten dengan isyarat yang sepatutnya dikeluarkan oleh dua kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan satu lagi rakaman suara kokpit.
Turut dilaporkan mengesan isyarat serupa adalah sebuah kapal China, Haixun 01 pada Jumaat dan tengah hari Sabtu lalu. Isyarat yang dikesan ini terletak di satu lagi lokasi kira-kira 300 batu nautika dari kapal HMAS Ocean Shield.
Bagaimanapun, HMAS Ocean Shields dan Haixun 01 akan menjalankan siasatan secara berasingan bagi mengenalpasti sama ada isyarat yang dikesan kedua-dua kapal ini akan membawa kepada berita yang sudah 33 hari dinantikan dunia... Mynewshub
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda