Saturday, 12 April 2014

PENGERUSI BNBBC DEDAH TEMBELANG AZMIN & ANWAR DI PARLIMEN



Tidak cukup dengan dua hari perbahasan Rang Undang Undang Saraan Hakim 2013 di Dewan Rakyat dipergunakan secukup-cukupnya oleh ahli-ahli parlimen pembangkang mengecam institusi kehakiman dan membela Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka pula cuba membawa usul untuk mencela tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara pada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Apa yang jelas, perbahasan hanya untuk menyelarasan saraan hakim itu pada Selasa dan Rabu, tidak diberi perhatian sewajarnya oleh ahli-ahli parlimen pembangkang sebaliknya dijadikan medan menghentam badan kehakiman malah sehingga menyebut nama-nama hakim terutama yang terlibat menjatuhkan hukuman pada Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu usul yang hendak dibawa oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali itu juga adalah dilihat lebih menjurus untuk mencela hakim-hakim tertentu yang terbabit dengan membuat keputusan tidak memihak kepada Anwar.



Demikian ulas Pengerusi Majlis Ahli-Ahli Parlimen Malaysia (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika ditemui Agendadaily bagi memperjelaskan isu penolakkan usul yang dibawa oleh Azmin Ali.

Menurut Shahrir, walaupun usul yang dibawa oleh pembangkang itu ditandatangan oleh lebih 60 orang anggota pembangkang tetapi ianya masih merupakan usul peribadi dan ianya juga setaraf dengan usul lain yang ada dalam urusan mesyuarat serta perlu mengikut giliran.

Shahrir menjelaskan, perkara tersebut tidak boleh memaksa speaker Dewan Rakyat memberi keistimewaan dengan mempercepatkan usul itu kerana ianya menyalahi aturan mesyuarat parlimen.

“Sebab itulah speaker minta supaya pembangkang berbincang dengan pihak kerajaan kerana urusan mesyuarat parlimen ditentukan oleh kerajaan, segala usul ahli persendirian untuk diperbahaskan perlu mendapat persetujuan pihak kerajaan, bagaimanapun telah dimaklumkan keputusannya bahawa sidang dewan rakyat perlu ditamatkan setelah habis segala urusan kerajaan,” jelas Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Pada pagi Khamis, Azmin telah cuba membawa usul persendirian berkaitan perilaku hakim yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim.

Pandikar menolak usul tersebut dibahaskan dan Azmin diperintah keluar dewan kerana terus mempertikai keputusan speaker.

Shahrir berpendapat usul tersebut merupakan satu usaha untuk terus ‘menghidupkan’ isu yang melibatkan keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara pada Anwar dan sekaligus ‘cubaan’ untuk ‘mengheret’ parlimen membincangkan serta ‘membuat keputusan’ terhadap isu tersebut.

Shahrir berkata, menteri berkaitan dengan undang-undang telah memberi penjelasan dalam Dewan Rakyat bahawa segala tohmahan serta kecaman pada institusi kehakiman lebih kepada berkepentingan kepada Ketua Pembangkang dan ianya berbeza dengan isu pemecatan bekas Hakim Negara Tun Salleh Abbas.

“Anwar ketika itu masih dalam kabinet pun tidak bangun menentang kehakiman, itulah masa dia (Anwar) tak kena dia diam tapi bila masa dia kena, dia riuh tetapi tak boleh disamakan dengan isu Tun Salleh Abbas,” tambah Shahrir.

Mengenai dakwan pembangkang kepada rakyat bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap keputusan yang dikenakan pada Ketua Pembangkang, Shahrir berkata, “kerajaan telah jelaskan di Dewan Rakyat bahawa itulah keadaan, cara dan prosesnya malah tiada unsur panggilan telefon arahan dari pihak eksekutif kepada hakim-hakim untuk membuat sesuatu keputusan. Itulah andaian mereka kerana keputusan tidak menyebelahi mereka.”

Soal usul yang dibawa oleh Azmin itu adalah berkepentingan rakyat, kata Shahrir, “semuanya dan sentiasa apa yang mereka buat berkepentingan rakyat, tak sokong GST pun untuk kepentingan rakyat tetapi mereka lebih rela rakyat terus menerus berdepan dengan ‘sale tax’ (ST) berbanding dengan GST yang lebih jelas, mereka ini menentang kerana ianya disyorkan oleh kerajaan.”

Beliau seterusnya memberitahu kepentingan Anwar adalah sifatnya sebagai pemimpin sahaja.

Namun pandangan peribadi Shahrir, “soalnya Anwar buat atau tak buat, hukuman di dunia ini merupakan proses undang-undang, soal pandangan sesetengah peguam adalah sodomi itu berlaku atas suka sama suka bukan atas ‘buat’ atau ‘tidak buat’. Bagi saya apakah ‘buat’ atau ‘tidak buat’ lebih penting.” agendadaily.com/

1 comment:

  1. Sudah lah Azmin macamana pun Anwar Ibrahim sah meliwat karana tak mau sumpah laknat. Mahkamah hanya tempat dia untuk berdolak dalih dan putar belit. Kalau tak buat kenapa tak berani sumpah laknat macam DS Najib. Rakyat puas hati tengok DS Najib berani sumpah laknat,itu tanda dia benar-benar tak buat. Semua orang tahu perangai Anwar kat MCKK. Dia memang kaki liwat.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda