Monday, 7 April 2014

PANASSS !!! KARPAL ARAH SEMUA MP DAP TOLAK HUDUD YANG AKAN DI BENTANG PAS ?!!



Undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara ini dan tidak sesuai lagi untuk zaman ini.

“Demi kepentingan negara, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.



Sehubungan itu, Karpal menempelak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang bertegas mahu meneruskan usaha melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan tersebut.

Beliau turut mendakwa UMNO Kelantan mengambil kesempatan daripada isu itu apabila membuat pendirian mahu menyokong usaha kerajaan negeri tersebut atas sentimen agama.

Karpal mendakwa, PAS dan UMNO masing-masing sebenarnya mahu mendapatkan kepentingan politik daripada pelaksanaan hudud tersebut meskipun perkara itu bercanggah dengan Perlembagaan.

Media semalam melaporkan, UMNO Kelantan akan membangkitkan hasrat PAS melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dipetik berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh UMNO sebelum kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

“Tidak ada masalah…sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam,” kata Mustapa.

Ahmad sebelum ini mengumumkan kerajaan Kelantan akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.SUMBER

3 comments:

  1. Bila UMNO dan PAS sebulat suara bersetuju ... apa yang PKR dan DAP boleh buat ???

    ReplyDelete
  2. Hukum hudud sama dengan hukum-hukum lain dalam Islam.Contohnya hukum merokok.Tak perlu minta kebenaran orang kafir.
    Namun begitu hukum jenayah ini bersangkut dengan undang sekular sedia ada,maka perlulah semua Ahli Perlimen Muslim menyokong dahulu pindaan Perlembagaan sedia ada,kalau ITU YG JADI HALANGAN,jangan tunggu lama-lama, negara sudah lama Negara Islam.
    JANGAN MAIN TARIK TALI -MESTI SEMUA TEGAS JANGAN TEWAS

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

    Untuk semua Ahli2 Parlimen Islam, undilah untuk menyokong Hudud di Parlimen dengan seikhlas hati, insya Allah semua orang Islam akan selamat dunia dan di akhirat. Ingatlah pada hari pengundian di Parlimen, Allah akan menyaksikan tangan (undi)kamu. Biar kalah di dunia tapi menang di akhirat daripada menang didunia tapi kalah di akhirat. Tapi nampaknya kalau umat Islam bersatu, kita akan menang di dunia dan juga di akhirat.

    Kepada UMNO dan PAS, sekiranya saudara2 se islam kamu mempunyai 9 keburukan dan 1 kebaikan terhadap kamu. Ingatlah 1 kebaikan itu dan lupakan lah keburukan yang 9 itu. Buanglah yang keruh, ambil lah yang jernih. Jangan kita kutuk-mengutuk sesama sendiri kerana hidup kita mungkin tidak lama dan kita mungkin tidak berpeluang memohon maaf sesama sendiri.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda