Thursday, 10 April 2014

PANASS !! TUN M JAWAB ISU MEMALI !! TUN MUSA NAK KATA APA PULAK ?




1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.



3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan. – chedet.cc

6 comments:

  1. Dua Tun M berdebat pasai kes memali, siapa yang menangguk di air keroh, siapa yang rugi, kenapa tidak di Tanya siapa yang memula kes memali, cuba buat root cause analysis,,, root cause nya antara nya kepahaman ugama yang taksub...kenapa..sebab ada ajaran ugama yang songsang..kenapa...Tanya sendiri untuk jawapan..mudah bukan.

    ReplyDelete
  2. "Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing."

    Mamak ni lupanya lebih teruk dari Melayu.

    Lepas ini boleh UMNO buat sajak 'MAMAK TUA LUPA'.

    ReplyDelete
  3. anon 2135, apa kamu dapat dengan buat kenyataan tu, kamu rasa bangga ke, kamu rasa kamu menang ke, kamu rasa kamu Berjaya ke, kamu kena ingat kamu akan tua, dan ingatan kamu pun akan pudar..kamu tak baca apa dia kata musa juga ada datang menghantar dia untuk ucap selamat, dan musa sebagai menteri sudah pasti boleh handle perkara tu, kenapa kamu tak Tanya mengapa itu berlaku, bukan dari amanat bodoh ketua pas..pengikut taksub

    ReplyDelete
  4. Banggalah juga... sebab mamak tua tu pernah jaja merata-rata bahawa ORANG MELAYU MUDAH LUPA - itu penghinaan tahu kepada bangsa aku.

    Hang tak rasalah sebab hang mungkin mamak. Jangan ingat Melayu hanya ada dalam UMNO... yang tak sokong mana-mana parti pun berlambak.

    ReplyDelete
  5. Sudahlah Tun Musa. Aku pun tak tahu kenapa kau bangkitkan kembali perkara ini. Mungkin nak ganti Anwar Al-Juburi kut. Tengok Tun Mahathir tidak pun menyalahkan engkau. Dia tetap bertanggung-jawab dan membela pihak polis.Pemimpin begini lah yang Malaysia perlukan seorang Negarawan Ulung yang berjaya menjaga keselamatan Negara. Bukan seperti sesetengah pemimpin membiarkan keadaan menjadi huru-hara seperti di Thailand dan Mesir. Malaysia pun boleh jadi macam tu kalau kekuatan pemerintah dan pembangkang lebih kurang seimbang. Akhirnya, semua orang rugi, pelancong tiada, bussiness dan ekonomi runtuh. Politicking berlebihan boleh menghancurkan sebuah negara. Apa tah lagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Akhir kata, Tun Musa, dengan sisa-sisa hayat yang ada berbuat baik lah kepada Negara. Jangan buat kecoh pulak.

    ReplyDelete
  6. Aku setuju sangat dengan pendapat 2258 tentang "Pemimpin begini lah yang Malaysia perlukan seorang Negarawan Ulung yang berjaya menjaga keselamatan Negara. Bukan seperti sesetengah pemimpin membiarkan keadaan menjadi huru-hara seperti di Thailand dan Mesir. "

    Contoh macam MH370, radar TUDM menunjukkan bahawa ada pesawat yang tidak dikenali terbang di dalam udara Malaysia, pegawai-pegawai pemerintah boleh buat DERK je... sepatutnya hantarlah pesawat canggih kita pergi pintas pesawat tu. Yang lawaknya Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan tak ambil tindakan kepada Panglima ATM sebab kegagalan angkatannya mempertahankan ruang udara Malaysia. Satu lagi penculikan di Sabah ni, cukup sial cara menteri-menteri ni buat kerja. Macam ni kita nak pertaruhkan keselamatan negara pada mereka.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda