Tuesday, 15 April 2014

BOLEHKAH PAS LAKSANA HUDUD TANPA BANTUAN PKR & DAP ?? @Razaliibrahim



Itu persoalan yang bermain difikiran rakyat Malaysia, sama ada Pas dapat laksana hudud atau tidak memandangkan PAS bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Beliau berkata 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi.



“Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum. Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah..

Tetapi ianya akan ditentang hebat oleh seluruh ahli parlimen Dap apabila Ahli Parlimen Segambut Lip Eng berkata 38 ahli Parlimen Dap secara terbuka tidak akan mengundi usul persendirian yang akan dikemukakan Pas..

2 comments:

  1. Niat di hati, Tuhan saja yg tahu, tp zahirnya PAS mcm sengaja bermain main, kejap nak, kemudian senyap, kemudian sebut lagi, lepas tu senyap balik. Dia pun tahu rakan sekongkolnya takkan setuju, tp masih juga bersekongkol dgn yg mmg anti dgn Islam ni. Pd aku sebijik mcm puak puak, yg disebut dlm Surah Al Baqarah ayat 9, nak tipu Allah swt dan org org beriman, tp sebenarnya menipu diri dan golongan mrk sendiri.
    Jgn cari alasan nak salahkan org, salahkan diri sendiri, nanti di Akhirat jawablah sendiri. Masa tu nak salahkan UMNO jugak ke ?

    ReplyDelete
  2. Kalau orang bukan islam menentang, aku tak hairan sangat, tapi MP Islam seperti Anwar, Saifudin, Nurul Izzah, Azmin pun menentang rasanya sedih juga hati Nik Aziz dan Haron Din. Nak buat macam mana terlajak perahu boleh undur. Terlajak sokong Anwar boleh masuk dubur.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda