Sunday, 23 March 2014

PANASS !! PENIAGA MENGAKU DI SERANG SAMM"DOL"




PEMILIK sebuah gerai makan di tepi jalan di Sungai Kantan, Kajang mengakui memang mereka diserang oleh beberapa orang didakwanya dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

Pemilik gerai D’Warung Bawal yang hanya mahu dikenali sebagai Boy berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengahari ketika orang ramai sedang menjamu selera di premis berkenaan.

Kumpulan berkenaan menyerang dengan menghambur kata-kata kesat ekoran kejadian peniaga itu meluahkan perasaannya ketika kunjungan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 19 Mac lepas.



Pada hari kejadian berkenaan, peniaga itu meluahkan kepada Dr Wan Azizah peristiwa dia dihalau dari Bandar Perda di Bukit Mertajam dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh sebelm ini biarpun sudah menghantar surat dan rayuan kepada Ahli Parlimen di sana iaitu suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Wan Azizah kemudian beredar dari gerai berkenaan kerana malu apabila mengetahui mereka pernah dihalau dari negeri Pulau Pinang yang juga negeri dikuasai Pakatan Rakyat PAS-PKR-DAP.


Bagaimanapun hari ini, peniaga itu diserang ekoran tindakan meluahkan perasaan itu disifatkan sebagai memarahi Dr Wan Azizah.

Tindakan serangan itu bagaimanapun dinafikan Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard melalui twitternya hari ini.

Menurut Boy, di Kajang sebenarnya gerai itu sudah menerima surat dari Majlis Perbandaran Kajang (MPK) untuk membuka gerai berkenaan ke kiosk baru yang ditetapkan kerajaan negeri, bagaimanapun mereka enggan kerana saiz kiosk berkenaan yang kecil dan tidak sesuai.

Beliau berkata, apa sahaja keputusan PRK berkenaan hari ini, kemungkinan besar ia akan dirobohkan atau pihak MPK akan mengeluarkan notis baharu untuk mereka menghentikan perniagaan.

Kekecohan yang berlaku itu akhirnya berjaya diselesaikan dan kawasan sekitar warung itu dikawal oleh unit simpanan persekutuan (FRU) bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.


 – MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda