Wednesday 26 February 2014

PEMBENIHAN AWAN DI LAKUKAN DI NEGERI SELATAN TANAH AIR




Operasi pembenihan awan hari ini akan dijalankan di kawasan-kawasan yang mengalami krisis yang serius iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kawasan sasaran pembenihan hujan ini akan dijalankan di empangan Klang Gate, Sg. Tinggi dan Sg. Selangor di negeri Selangor, manakala di Negeri Sembilan di empangan Sg. Terik, Gemencheh, Kelinchi dan empangan Talang.




Di Melaka pula, sasaran pembenihan awan ini akan dilakukan di empangan Durian Tunggal dan Johor di Sembrong dan Bekok.Ketika ini petugas-petugas Jabatan Meteorologi sedang membancuh garam dengan air ke dalam empat tangki yang boleh memuatkan maksimum 1,000 liter air.

Kesemua tangki ini kelak akan dimuatkan ke dalam pesawat Hercules C130 TUDM.

Sumber langsung dari Utusan Online

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda