Monday, 10 February 2014

PANAS !!! SIAPA YANG LAYAK GANTI TEMPAT WAYTHAMORTHY ? @NAJIBRAZAK




8 bulan lalu semasa Pengerusi Hindraf dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kita dah nyatakan kebimbangan samaada Pengerusi Hindraf ini dapat bersama sama kerajaan atau tidak. Sebab sebelum ini pemimpin Hindraf ini mengugut kerajaan dengan pelbagai perkara kononnya tidak membantu kaum India.

Tapi semasa Pengerusi Hindraf menjadi pengerusi adakah beliau membangunkan dan memartabatkan bangsa India.??

Tidak bukan? Waytha kelihatan seperti mementingkan diri sendiri..Tiada langsung ura ura bahawa beliau mampu menyatupadukan orang India..



Aku berikan contoh terbaik salah seorang aktivis kaum India yang banyak membantu dan mempertahankan hak orang India dalam NGO. Saudara Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial , suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara , tak kira apa isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang , beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan.

Ini sekaligus akan menarik minat bangsa India untuk menyokong kerajaan dan seterusnya menyertai MIC. MIC kena open, semua orang India kena bersatu dibawah MIC.


Kata Ramesh, disebabkan ramai dari kalangan orang Tamil dalam MIC maka dia kata memang sudah patut Tuan Presidennya dilantik dari kalangan orang Tamil. Tiada syak lagi katanya tentang itu. Tetapi India adalah terdiri dari ramai bangsa, seperti Telugu, Malayalam, Ceylonis, Punjabi dan India Muslim (Mamak).Maka kata Ramesh ni tadi elok la dilantik 5 orang Timbalan Presiden atau Naib Presiden dari kalangan bangsa-bangsa yang disebut diatas.

Kalau MIC masih ditakuk lama, maka akan makin banyaklah NGO dan parti-parti kaum India yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di negara kita.

Sedih tengok parti orang India ni gagal. Kepada pemimpin MIC terimalah cadangan Ramesh Rao yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Minda & Sosial ini.Itu antara kata-kata Ramesh Rao dalam isu menyatupadukan masyarakat India sekaligus membantu membangunkan dan memartabatkan masyarakat India.

Aku tertarik dengan status dari page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar saudara Ramesh Rao dilantik mengantikan Waytha dalam memperjuangkan nasib masyarakat India dan menyatupadukan sesama rakyat di Malaysia kerana beliau dilihat lebih ikhlas menegur kerajaan dan pembangkang dalam satu-satu isu. Saudara Ramesh juga lebih dekat dengan masyarakat Marhaen dan lebih memahami cara uuntuk membantu masyarakat India dan rakyat Malaysia demi perpaduan sesama kaum.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda