Monday, 17 February 2014

MANUSIA YANG DIPUJA PARTI PAS



Semalam, kita melihat rupa sebenar Anwar Ibrahim dengan masyarakat kristian apabila dirinya sanggup berceramah didalam Gereja Holy Family, Kajang untuk berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang.

Tujuan Anwar adalah tidak lain tidak bukan untuk ‘menyenangkan hati’ masyarakat Kristian yang kini giat menuntut penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu.  Dalam ceramah tersebut, Anwar menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua agama.

Anwar kini sedaya upaya mahu menarik undi kaum itu selepas melihat undi kaum Melayu kepada dirinya akan terjejas..




Tindakan Anwar berkempen di gereja berjaya menggembirakan bukan Islam.  Kononnya, tindakan Anwar adalah lambang ‘kesederhanaan’ yang sebenar.  Blog dan portal milik pembangkang menjadikan Anwar sebagai ‘harapan’ ke arah perpaduan rakyat Malaysia.

Persoalannya,  apakah pemimpin Islam perlu masuk ke gereja merendahkan diri di hadapan bukan Islam maka barulah ‘perpaduan’ sebenar dapat dicapai?

Apakah dengan menonjolkan pendirian berbeza di pentas yang berlainan merupakan contoh ‘kesederhanaan’ mengikut penilaian pembangkang?

Hakikatnya, sejak dari mula lagi, Anwar sentiasa terbuka dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Malah, PAS juga pada satu ketika, turut menyebelahi Kristian sehinggakan kerajaan pimpinan UMNO dikecam hebat kerana menghalang pengedaran 35,100 Injil berbahasa Melayu yang masuk melalui pelabuhan Klang.

Justeru, ceramah Anwar di hadapan orang-orang Melayu kononnya beliau akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ merupakan satu penipuan semata-mata - sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang.

Apa yang hadirin di Gereja Holy Family tidak tahu ialah, dalam ceramah Anwar di Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras, Kajang pada 12 Februari sebelum itu, di hadapan orang-orang Melayu, Anwar meyakinkan orang-orang Melayu yang kalimah Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai pemimpin PR tidak akan membiarkan penganut lain menggunakannya sewenang-wenangnya.

1 comment:

  1. Aku ingat dia bsgi tazkirah kat gereja dgn harapan orang tu terbuka hati masuk Islam. Tak baca doa selamat ke? Hehehe

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda