Thursday, 6 February 2014
HANGAT !! BEKAS SETPOL ARWAH UST AZIZAN DAN BLOGGER PAS KEDAH DI SAMAN 10 JUTA !!
Masih ingatkah lagi anda tentang kisah balak Papua New Guinea yang didapati mengalami kerugian sehingga projek berkenaan direkodkan sebagai projek paling bermasalah dalam laporan audit negara..
Kegagalan projek itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan sebuah agensi di bawah Menteri Besar Diperbadankan kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai-pegawai agensi itu menamatkan pelaburan pada Mac 2010.
Kes itu kini dibawa ke Mahkamah apabila ahli perniagaan Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid pemilik syarikat MAS Incorporated LTD mengambil tindakkan menyaman Sanusi Md Nor dan Blogger Tua Pas Kedah Zulkifli Yahaya
Ahli perniagaan itu tampil untuk membersihkan namanya selepas dituduh oleh Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Mohd Nor dan Ketua Penerangan Pas Kedah Zulkifli Yahya sebagai juara putar alam dan penyeleweng berkaitan kegagalan usaha sama projek pembalakan PMBKed dan MAS Incorporated Ltd di PNG.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda