Saturday, 18 May 2013

PANASS !!! HIMPUNAN BLACKOUT DI STADIUM SUKA MENANTI DIBATALKAN !??!





Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

TIADA LAGI AMARAN DI KDN - @ZAHID_HAMIDI





Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

UST NASHA TEGAS MAHU PAS DAN UMNO BERSATU





Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.

RAKYAT PERLU BERSATU UNTUK MAJUKAN KEDAH - DATUK PADUKA @MukhrizMahathir






Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengenepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.

“Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.

“Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.

RAKYAT MALAYSIA MAHU KIT SIANG INGAT BENDA NI SAMPAI MATI


Super Racist Man

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.

Lima perkara tuntutan yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah;-

1) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil
2) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi
3) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan terutama dalam konteks perundangan dan hukuman
4) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
5) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.

Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan BN yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.

ROSAKKAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM PUNCA PAS KEDAH JATUH KE TANGAN BN




PERTAMA penulis ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Kedua, penulis ingin memanjat kesyukuran kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kembali merampas negeri Kedah dan melantik Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir menggantikan kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Sebagai warga Kolej Universiti Insaniah (Kuin), diharap pelantikan ini akan memberi sinar baharu terhadap perkembangan Kuin agar menjadi sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang berprestij bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia secara amnya.

Kekalahan kerajaan Pas dalam mempertahankan negeri Kedah sudah diketahui sebelum PRU-13 lagi.

TUDIAA !! JUTAWAN UPAH 3 LELAKI ROSAKKAN KERETA




Kereta mahal tapi tiada kualiti.Itulah yang berlaku di China.Seorang lelaki, mengupah tiga orang untuk meremukkan kereta mewah Maserati miliknya di luar sebuah bilik pameran kenderaan sebagai membantah kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pengedar kereta terbabit.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Wang mengalami kerugian sebanyak £276,000 selepas keretanya kemek akibat dihentak dengan penukul.

Friday, 17 May 2013

PANASS !!! AZRAN OSMAN RANI TERUS DIASAK BERTUBI TUBI !! #NowEveryoneTerkena





Semalam aku siarkan emel pertama yang diambil dari Blog Mymassa ditulis oleh mantan pegawai tinggi berkhidmat dizaman Ayahanda Tun Dr Mahathir.(klik sini)

Dalam tempoh 24jam, selepas cabaran dibuat beliau menghantar satu lagi email yang agak berapi kalau Ceo Airasia X membacanya.Kali ini penulis email berkenaan mengingatkan Ceo Airasia X supaya jangan lupa bahawa diawal penubuhan dahulu, Airasia hanya bermula dengan 2 Biji Kapal yang dipinjamkan dari MAS dan akhbar akhbar Melayu ketika itu banyak mempromosikan Airasia..

Baca email sepenuhnya dibawah

DATUK PADUKA @MukhrizMahathir AGIH AKU JANJI BN !! #BNBAGUS



Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.

“Beliau perlu berjumpa dengan pelajar kolej itu dan perlu kemukakan beberapa cadangan penyelesaian serta pendekatan bagi memastikan kebajikan pelajar dan kakitangan kolej itu dijaga,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

PANASSS !!! EXCO KEDAH YANG BARU DILANTIK DAH KENA WARNING ??? PASAIPA NI DATUK @MukhrizMahathir ??



Jangan terkejut atau jangan buat spekulasi bukan bukan..Ini adalah ketegasan YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru memberi peringatan awal kepada barisan barisan Exco yang baru dilantik ini agar menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah demi melaksanakan transformasi Kerajaan Barisan Nasional di Kedah..

Ketegasan YAB Datuk Paduka wajar diambil serius oleh barisan Exco yang beliau lantik..Agar mereka lebih bersikap profesional dibawah pentadbiran beliau..

SIKITNYA MELAYU ISLAM DALAM PR ?? MACAMANA PAS NAK MARTABATKAN ISLAM ?




Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.

Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.

Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.

Thursday, 16 May 2013

ISU RASUAH !! SPRM BERTINDAK PROFESIONAL




Pakatan Rakyat (PR) dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap agensu pencegahan rasuah kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu.

Bagaimanapun, berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan.

Melalui NKRA membasmi rasuah, kerajaan meletakkan sasaran kes rasuah akan dapat dikurangkan sekaligus memberikan ketakinan kepada rakyat bahawa agensi ini menjalankan tugas dengan berkesan dan penuh dengan kredibiliti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik mahupun pegangan agama.

SELEPAS KUASAI EKONOMI, CINA MAHU KUASAI POLITIK !! PAS NAK KUASA APA??




Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling ‘sensitif’ sekali. Kerana itu, apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’, maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis. Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka, maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis.

Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising, menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan, menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya ‘sensitiviti’ mereka disentuh. Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia, mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti ‘Aryan Brotherhood’ atau ‘Ku Klux Klan’ di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu.

Walhal, hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan ‘amok’ iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu.

TAHNIAH !!! NIK SURYANI PERSONALITI TV3 PILIHAN HATI SAIFUL BUKHARI @SaifulBukhari



Tahniah aku ucapkan kepada Saiful Bukhari yang akan melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini dengan personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman bertempat di Taman Konvensyen Tamadun Islam Pulau Wan Man, Kuala Terengganu..

PANASS !! AIR ASIA BAKAL GULUNG TIKAR JIKA AZRAN OSMAN RANI TIDAK DI PECAT ??



Aku tertarik dengan satu artikel yang dikirimkan kepada Blog Mymassa oleh seorang mantan pegawai tertinggi yang pernah berkhidmat zaman pentadbiran Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohammad..Menurut pengirim email berkenaan, beliau menganggap bahawa Azran Osman Rani sebagai buta sejarah dan tidak tahu siapa yang membawa AirAsia ke peringkat lebih tinggi sejak AirAsia ditubuhkan..

Ada banyak pekara tersurat dan tersirat dimana mungkin kebanyakkan rakyat Malaysia tidak tahu situasi sebenar bagaimana Airasia naik hingga sekarang ini ditabalkan sebagai pemenang bagi syarikat tambang murah selama beberapa tahun berturut turut..

Aku tak nak ulas panjang lebar siapa dia Azran Osman Rani ni, tapi aku harap pembaca semua baca apa yang ditulis oleh pengirim email dibawah..

WAJAH WAJAH MENTERI KABINET YANG BARU #MYCabinet

Inilah wajah wajah hensem Menteri Kabinet yang akan bekerja dibawah Pentadbiran YAB Datuk Seri Najib bagi penggal 2013 - 2018..

Semoga YB YB kita ini mengalas tanggungjawab mereka dengan penuh amanah

GAMBAR GAMBAR MENARIK KETIKA UPACARA ANGKAT SUMPAH EXCO KEDAH !!



Daulat Tuanku...
Sebagaimana yang aku janjikan tadi... aku siarkan 45 keping gambar di sekitar majlis perlantikan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung pagi tadi. Betul aku teruja dengan Exco yang baru dilantik ni... mantappp..! Heh!

Jom layan gambar-gambar yang terbit dari lensa cikai aku... Heheeeee..!!! 

Wednesday, 15 May 2013

SENARAI RASMI BARISAN MENTERI KABINET DATUK SERI NAJIB



BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)


TIMBALAN PERDANA MENTERI:

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)


JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:

(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)

(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)

(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)

(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)

(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)

(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)

(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)

(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)


SENARAI MENTERI KABINET 2013-2018





BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

Perdana Menteri:Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri:Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: DATO JAMIL KHIRDATO SRI ABDUL WAHID OMARIDRIS JALAJUSUF KURUP SHAHIDAN KASIMNANCY SUKRIJOSEPH ENTULUPAUL SENG KUA

Menteri Pertahanan:HISHAMUDDIN TUN HUSIN

Menteri Kewangan IIAHMAD HUSNI HANADZLAHMAT MASLAN

Menteri Pelajaran & Pengajian TinggiMUHYIDIN YASINIDRIS JUSUH ke II

PHAHROLRAZI LETAK JAWATAN FRUST MENONGGENG TAK DILANTIK JADI PESURUHJAYA PAS KEDAH





Berita tentang perletakkan jawatan Phahrolrazi sebenarnya aku dah dapat tau selepas Mahfuz dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah..

Pekara ini ditulis sendiri oleh salah seorang penyokong kuat Phahrolrazi di Kuala Kedah dalam laman FB..

Seperti diduga, para penyokong beliau tidak bersetuju dengan tindakkan Pas Pusat melantik Mahfuz sebagai pengganti Ust Azizan.Bagi mereka Phahrolrazi lebih layak dan kalau mengikut carta organisasi Pas Kedah, Phahrolrazi orang no 2 di peringkat negeri..Namun tindakkan Pas Pusat melantik Mahfuz menyebabkan ramai penyokongnya tersentap..

Lantas, mereka menyeru agar Hadi Awang letak jawatan akibat kekalahan teruk Pas pada PRU kali ini..

TERKINI !!! LAPAN ADUN ANGKAT SUMPAH EXCO KEDAH




Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pukul 10 pagi.

Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

ZUHUDNYA NIK ABDUH ANAK LELAKI NIK AJIS NI !!


Apa benda yang cuba disampaikan oleh budak syiah ni?? Nak bagitau anak Nik Ajis kaya raya berlakon zuhud??

Memang tu realitinya. Anak dan bapak kumpul kekayaan lepastu harta kekayaan simpan kat rumah.Bila keluar belakon zuhud..Bukan aku yang kata tapi mamat syiah penyokong kuat Pas yang tulis ..

Inilah yang diajar selama ini oleh Pas..Dulu Pas ajar penyokong penyokong mereka supaya mempunyai sifat Hasad Dengki terhadap orang Umno..Kalau boleh setiap ungkapan untuk burukkan Umno mesti kena kaitkan dengan rasuah..Tapi lihatlah apa yang berlaku sekarang, semua yang diajar oleh Pas kembali kepada mereka..

Ruangan media sosial menjadi medium untuk mendedahkan tembelang pemimpin sendiri yang mana selama ini mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka ini..


PATUT PUN SALAHKAN SPR RUPANYA PUAK PR NAK TUTUP SALAH SENDIRI !!




Bila dah kalah, terus salahkan spr kononnya tak telus, spr main kotor, spr guna bomoh dan macam macam lagi tuduhan kepada spr dibuat oleh mereka..

Tetapi anda harus ingat, petugas yang bertugas semasa Pru baru baru ni bukan dari spr saja.Malah setiap parti meletakkan ejen ejen mereka bertugas sebagai pemerhati dan ejen polling and counting secara bergilir gilir..

Tuesday, 14 May 2013

TAN SRI KHALID ABU BAKAR DI LANTIK SEBAGAI KETUA POLIS NEGARA




Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib pada 17 Mei ini.

Sementara timbalan KPN yang baru pula ialah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang menggantikan tempat Khalid sebelum ini.

ANWAR IBRAHIM NI NAK TURUN SENDIRI KE NAK RAKYAT TURUNKAN??




Politik jalanan serta kekacauan yang ditimbulkan oleh Anwar kebelakangan ini membuatkan rakyat semakin muak dengan Anwar.

Tindak tanduk Anwar yang suka menyalahkan kerajaan dan menimbulkan persepsi buruk terhadap Datuk Seri Najib membuka mata ramai pihak siapa Anwar sebenarnya..

Sebelum ini Anwar telah berjanji mahu bersara dari arena politik Malaysia jika pakatan gagal ke Putrajaya dan selepas keputusan PRU ke 13 diumumkan, lain pula jadinya..anwar tetap berkeras mahu diangkat menjadi Perdana Menteri alasannya PR menang undi Popular..Beliau menuduh BN dan Spr merampas kemenangan dari beliau..

Rakyat Malaysia yang mengundi beranggapan bahawa Anwar tidak lagi relevan sebagai pemimpin. Anwar hanya layak menjadi pensyarah di Universiti seperti apa yang dijanjikannya sebelum ini ataupun bersara dari dunia politik..

TRAGEDI 13 MEI 2013 !! ADA HARAMJADAH CUBA PANASKAN KEMBALI KISAH BERDARAH 44TAHUN LALU



Apa motif lori penyokong Dap ni bawa bendera Dap dan penyapu dalam keadaan yang sama seperti apa yang terjadi 44 tahun lalu?? Adakah satu kebetulan atau memang niat depa nak cabar orang melayu??

Gila ka apa? Ingat hangpa oleh buat suka hati macam ni ka?? berarak raikan kemenangan sambil bawa penyapu?? Kalau nak tau kisahnya boleh baca selanjutnya di SINI

PENYOKONG PAS SOLAT SAMBIL MENCUCI MATA ??




Apa pendapat hangpa tentang gambar nie?? nak menunjuk nunjuk ke memang solat niat kerana Allah S.W.T ?? Bukan apa beb, hangpa tengok lah sendiri.Solat depan orang orang yang tak tutup aurat.

Kalau nak solat tu carilah tempat yang bersih dan sesuai.Tak payahlah solat semata mata nak menunjuk

Orang orang cina kat belakang tu siap gelak gelak ambil gambar..Aku ni tak pandai nak menghukum dosa pahala orang tapi agak agak hangpa lah kan, patut ka penyokong Pas buat macam ni??


Baca kisahnya di sini

BELI AKHBAR UTUSAN TAK DAK HIDDEN CHARGE !! TAPI KALAU BELI TIKET AIR ASIA DAH TENTU KENA TAPAAWW



Agaknya cereka cerekarama pasal  orang melayu muda jadi ceo syarikat syarikat besar lepas tu bersaing berebut projek, lepas tu bunuh rezeki kawan sesama bangsa mungkin benar benar berlaku.. Macam apa yang terjadi sekarang. Ceo baru Airasia X dengar khabar takmau iklankan promosi Airasia X kat Utusan, katanya Utusan ni rasis sangat sangat..

Hanya kerana menulis "Apa Lagi Cina Mahu" , Ceo Airasia X terus nak boikot Utusan.. Tapi bila akhbar cina kritik bangsa melayu, tak pulak dia bersuara..Untuk pengetahuan Tokoh Korporat muda Ceo Air Asia X yang baru tu saudara Azran Osman-Rani, Akhbar Utusan tu hidup lebih lama dari AirAsia tau..Bukan setahun dua baru nak menapak dalam dunia..

MUKA BARU EXCO KEDAH BAKAL DILANTIK !! #BNKEDAH #HANYADIKEDAH





Seramai lapan Adun Kedah dijangka mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baru, di Istana Anak Bukit, Rabu ini.

Majlis angkat sumpah jawatan dijadualkan berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah sekitar 10 pagi.

Difahamkan, semua lapan Adun terbabit belum pernah dilantik ke jawatan itu termasuk empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 exco memegang pelbagai portfolio namun, terdapat desas-desus mengatakan hanya lapan exco dilantik dalam pentadbiran kali ini.

#HANYADIKEDAH !!! SAYANGNYA YAB DATUK PADUKA @MukhrizMahathir TERHADAP UST AZIZAN



Sebentar tadi selesai sudah majlis bacaan Yassin untuk Mantan MB Kedah bertempat di Masjid Zahir Alor Setar.

Majlis ini adalah inisiatif YAB Datuk Paduka Mukhriz sendiri bertujuan untuk mendoakan agar Ust Azizan diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik..

Ramai wakil wakil rakyat turut serta dalam majlis ini .serta saf pimpinan Umno,baik di bahagian mahupun negeri..

Monday, 13 May 2013

PANASS !!! MR BEAN JADI PESURUHJAYA PAS KEDAH ?? LAWAK APA PAS BUAT NI ??




OOpocot !! terkejut aku (nada mengada ngada) bila dapat tau Mr Bean Pokok Sena jadi Pesuruhjaya Pas Kedah mengantikan Ust Azizan yang sekarang ini menerima rawatan..Bila aku dengar nama Mahfuz naik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah, aku dah mula fikir apa qualification orang tua ni dilantik jawatan tertinggi dalam Pas Kedah??

Nak kata pengalaman, Taulan Rasul lagi otai dan educated, nak kata cerdik, Phahrolrazi lagi bijak pandai pembelit (hahaha), nak kata Bang Mat(Calon Pas Pendang) dia orang luaq lagi bodoh tak tau apa.. Mungkin atas faktor pengaruh Pas pusat Mahfuz dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah..

PANASS !!! 50 RIBU GRO WARGA CHINA DISAHKAN UNDI DAP ??





Cerita tentang kebanjiran 50 ribu warga China yang masuk ke negara Malaysia sejak tahun 2005 yang dimainkan oleh beberapa blog tempatan telah membuka mata ramai pihak bertanyakan kemana hilangnya mereka sekarang..

Hanya mengunakan pas lawatan sosial warga warga China ini mampu tinggal lama dinegara kita.. Caranya cukup mudah iaitu dengan berkahwin secara kontrak bagi membolehkan warga China memperolehi taraf penduduk tetap..

PENGERUSI PKR AKUI ANWAR PUNCA KEKALAHAN DI KEDAH





PKR Kedah dah saling salah menyalah antara satu sama lain sebab tak dapat terima kekalahn teruk PKR Kedah..

Menurut sumber dalaman yang diterima, senarai nama calon yang dihantar oleh Pengerusi Pkr Kedah ditolak mentah mentah Anwar kerana Anwar mahukan kroni kroninya di Kedah..

Ada juga beberapa teman bagitau calon pkr yang tewas di Bakar Bata membawa 6 nama untuk dilobi dan akhirnya keenam enam mereka berjaya menjadi calon.Manakala senarai nama yang diserahkan oleh Pkr Kedah ditolak oleh Anwar..


PANASS !!! " BANGLA " AKAN SAMAN SUARA KALDAIAN ??



Mungkin kerana takut dikenakan tindakkan Mahkamah (saman) maka lidah putar belit pkr terpaksa memohon maaf akibat ketelanjuran memfitnah penyokongnya sendiri akibat terlalu ghairah mencari isu pengundi bangla

Tanpa membuat sebarang research lelaki keturunan mamak ini menjadi mangsa eksploitasi akhbar pakatan pembangkang..Modus operandi mereka cukup mudah.Mencari individu wajah persis bangla, serang lelaki itu seteruk teruknya dah keluarkan dalam akhbar dengan tajuk agak bisa didengar agar akhbar mereka laris dijual..

Sunday, 12 May 2013

HARGA GARDENIA TAK NAIK PUN !! HARGA MASIMO YANG NAIK SEBENARNYA ??



Tiada sebarang kenaikan harga roti Gardenia bersaiz biasa dilaporkan berlaku di Semenanjung Malaysia seperti yang didakwa cybertroper DAP di laman-laman sosial.

Pihak Gardenia Bakeries Sdn Bhd menerusi laman web rasmi mereka memberikan menjamin kepada para penggunanya di Semenanjung Malaysia bahawa harga untuk kesemua keluaran syarikat mereka tidak berubah.

Harga produk-produk jenama itu adalah seperti tertera dan dicetak pada ‘kwik-lok’ atau semua pembungkus produknya.

Hasil tinjauan yang dilakukan Mynewshub di beberapa buah kedai runcit di sini juga mengesahkan harga roti jenama tersebut masih kekal dijual pada harga lama.

Hasil itu sangat berbeza dengan fitnah yang dibuat di laman-laman web sosial yang bermula sejak keputusan pilihan raya umum dibuat Ahad lalu.

Penyelia KK Mart, Adnan Raja berkata, harga roti Gardenia yang bersaiz kecil kekal seperti dahulu iaitu RM2.40 dan tidak mengalami sebarang kenaikan harga.

BLACKOUT !!! OPERASI TERANCANG TENTERA KOMUNIS DAP !!



Insiden 'black out' PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan viral sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat. Lebih ironis, sehingga 'profile picture' di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar hitam gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika berlangsungnya pengiraan undi di kawasan yang terlibat.

Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR bersama BN yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka menang di kawasan yang di sasarkan. Namun hari ini ADUN Kuang, Shukor Idrus meminta pembangkang menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa mengalami masalah bekalan elektrik, sehingga membawa kepada manipulasi kertas undi.

Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa perkara itu dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa 'salah laku' membabitkan Umno Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang didakwa. Shukor menambah bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika benar sekalipun dakwaan mereka, beliau meminta untuk pembangkang menyenaraikan kawasan yang terbabit.

BANTAH KEPUTUSAN PRU13 !! ANAK CINA DAP MINTA CAMPUR TANGAN SINGAPURA DI BERKAS !!! PADAN MUKA !! #PUIII




Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).

Seorang jurucakap polis yang dihubungi AFP berkata, kesemua rakyat Malaysia terbabit ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana mengadakan bantahan secara haram di Taman Merlion, walaupun polis berulang kali memberi amaran agar mereka tidak mengadakan sebarang bentuk demonstrasi.

Jelasnya, penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057).

MAT SABU KATA PENGUNDI SIAM DI PENDANG DAPAT IC PALSU ?? DAH KALAH TU DIAM SAJA LAH MAT OII




Akhirnya Timbalan Presiden Pas kalah hatrik sepanjang 3 penggal berturut turut sudah bersuara menuduh BN gunakan taktik jahat untuk kalahkan beliau di Pendang..

Mat Sabu menuduh masyarakat siam di Pendang diberi ic atau mengunakan ic palsu untuk mengundi dan mengakibatkan beliau kalah teruk kepada " Tok Man Bedui"..

Aku cuma nak terangkan sedikit saja terhadap bang mat agar faham tentang kemajmukan masyarakat di Pendang..Pendang mempunyai ramai masyarakat siam bumiputera yang layak mengundi..Mereka ni sudah turun temurun tinggal di Malaysia, Kalau bang mat tak tau pasal masyarakat siam, bang mat boleh tanya Senator Boon Song.. Beliau lebih arif dalam hal ni..

PRETASI BURUK PRU13 !! ANWAR PELU LETAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG !!!




Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 15 tahun dahulu, Anwar tidak pernah berhenti berkempen untuk dirinya. Selama 15 tahun, Anwar telah ke seluruh dunia dan ke seluruh pelusuk kampung berceramah untuk menarik sokongan rakyat. Selama itu juga media-media antarabangsa memberi liputan kepadanya, sekali gus membantu kempennya.

Namun, setelah 4 pilihanraya berlalu, Anwar masih lagi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’. Dan sudah dua kali 16 September berlalu sejak beliau ‘hampir menjadi PM’, tetapi Anwar masih lagi berada di pihak pembangkang.

Lebih malang baginya ialah bukan sahaja sokongan terhadap partinya merosot iaitu dari 31 menjadi 30 kerusi tetapi majoriti undi terhadapnya juga merosot teruk walaupun tandingannya Dr. Mazlan b. Ismail bukanlah tokoh lama dalam politik. Dr. Mazlan telah berjaya mengurangkan majoriti Anwar sehingga hampir 4,000. Dalam PRU-12 Anwar mendapat majoriti 15,671 tetapi kali ini hanya mendapat majoriti sebanyak 11,721 sahaja.

@MukhrizMahathir SINAR BARU HARAPAN RAKYAT KEDAH



Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada seluruh jentera BN yang bekerja keras bagi memastikan BN merampas Kembali Kedah dari tangan Pakatan Rakyat.

Terima Kasih juga kepada rakyat Kedah yang mengundi Barisan Nasional dan mahukan perubahan di Kedah setelah 5 tahun melalui zaman kegelapan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Aku pasti kebanyakkan rakyat Kedah pasti gembira Kedah kembali ditadbir oleh BN dimana keyakinan mereka terhadap orang muda yang menjawat jawatan tertinggi pentadbiran Kerajaan negeri Kedah.

Orang muda yang aku maksudkan adalah YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dilihat mampu memberi sinar baru kepada rakyat Kedah.