Semalam aku siarkan emel pertama yang diambil dari Blog Mymassa ditulis oleh mantan pegawai tinggi berkhidmat dizaman Ayahanda Tun Dr Mahathir.(klik sini)
Dalam tempoh 24jam, selepas cabaran dibuat beliau menghantar satu lagi email yang agak berapi kalau Ceo Airasia X membacanya.Kali ini penulis email berkenaan mengingatkan Ceo Airasia X supaya jangan lupa bahawa diawal penubuhan dahulu, Airasia hanya bermula dengan 2 Biji Kapal yang dipinjamkan dari MAS dan akhbar akhbar Melayu ketika itu banyak mempromosikan Airasia..
Baca email sepenuhnya dibawah
Tempoh 24 jam yang saya berikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX yang celupar dan berotak udang itu memperkecilkan dan menghinadinakan perjuangan bangsa sendiri, apatah lagi tatkala agama dan bangsa kita diterosok dengan begitu kejam oleh bangsa lain semasa PRU13 baru-baru ini.
Apa nak dihairankan, mereka tidak mengundi pun. Mereka hanya tahu bagaimana mengaut seberapa banyak wang daripada rakyat Malaysia khususnya penumpang Melayu, memanupulasi harga temberang murah mereka, dan kini menulis kononnya perjuangan orang Melayu seperti oleh Utusan Malaysia itu dikatakannya Rasis.
Saya diberitahu mereka sudah membincangkan hal Kurang Ajar ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X itu, ada pembaca menulis dalam komen dia hanya layak Ketua Entertainment AirAsia yakni mengacarakan aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya orang Melayu. Inilah si Kitul dan Tangggang yang memperbodohkan bangsa sendiri. Dia tidak sedar dirinya berdiri kerana perjuangan orang-orang Melayu terdahulu dan perjuangan akhbar-ahbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia.
Saya diberitahu Tony Fernandez, Datuk Kamarudin, Tan Sri Rafidah dan juga Datuk Pahamin Rejab memberikan pandangan yang positif kepada perjuangan kita membuang si Tanggang moden ini dan si Kitul moden ini. Kamu Azran tidak layak untuk marah dengan gelaran itu, kerana jutaan orang Melayu lebih teramat marah dengan kebodohan kamu menghina perjuangan orang Melayu mempertahan kepentingan Melayu melalui Utusan Malaysia. Jika kamu marah, kamu marahlah diri kamu sendiri.
Kamu kata dalam perbincangan petang tadi kamu hendak saman Utusan Malaysia dan para blogger yang tersangat amarah dengan kamu! Kamu patut saman diri kamu sendiri!!!
Hingga ke hari ini, kamu tidak tulis dalam tweeter kamu betapa Rasisnya akhbar-akhbar Cina yang mengutuk dan mengeji orang-orang Islam dan orang-orang Melayu! Kenapa kamu tidak ulas kamu benci tulisan-tulisan Rasis dalam akhbar-akhbar Cina itu? Kamu butakah, atau hati kamu buta?
Kamu tahukah berapa kali Datuk Pahamin Rejab naik tangga turun tangga dan mengejar Tun Dr. Mahathir untuk menerangkan dan meyakinkan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Air Asia. Kamu tahu kamu hanya bermula dengan 2 Biji Kapal yang kamu pinjam dari MAS? Kamu tahukah kerajaan ketika itu merelakan laluan-laluan MAS diberikan kepada kamu supaya kamu boleh untung sedikit dan kerajaan tidak minta apa-apa pun melainkan tunjukkanlah sikap Patriotik kepada bangsa kamu, dan sayangilah perjuangan bangsa kamu yang dihinadina oleh orang lain sekarang ini?
Kalau kamu ada di hadapan saya sekarang, saya akan baling muka kamu dengan tahi penumpang-penumpang Air Asia yang tertipu dan tertekan dengan pelbagai syarat tambahan dan bayaran tambahan yang kamu create dalam sistem online kamu! Tahi itu untuk lambang mulut kamu yang menghina perjuangan orang-orang Melayu yang mengharapkan adaptasi dan wajadiri hanya di Utusan Malaysia, satu-satunya akhbar yang benar-benar memperjuang aspirasi bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.
Kalau bukan Utusan Malaysia, siapa lagi yang berani ke depan memperjuang mempertahan dan mengabdikan dirinya untuk agama dan bangsa kita? Kamu nak mengharapkan Sin Chew Jit Poh atau Nanyang Siang Pao kah wahai Azran Osman Rani???
(emel kedua dari Mantan Pegawai Tinggi Kerajaan, zaman Tun Dr. Mahathir)
Sumber MyMassa
Dibawah pula kenyataan media dari Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menuntut penjelasan daripada Mantan Ketua Wanita Umno iaitu Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X
Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ingin melontarkan pertanyaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Osman-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.
Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO.
Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.
Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.
Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda