Sunday, 10 November 2013
#PRKSGLIMAU !! HELAH MCA & GERAKAN DAPAT RM 2.5 JUTA UNTUK 300 PENGUNDI CINA ??
Kekalahan BN di Sg Limau bukan satu alasan untuk menilai kewibawaan YAB Datuk Paduka Mukhriz selaku Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah..
Sebelum PRK lagi, Datuk Mukhriz menganggap BN 'underdog' di Sg Limau dimana beberapa kawasan di Dun berkenaan memang sukar ditembusi oleh jentera BN sejak berdekad lamanya..
Alhamdulillah, pada PRK kali ini jentera wanita dan puteri berjaya menembusi kawasan hitam seperti Bukit Chorus, Bukit Besar, Permatang Buloh, Sg Dedap..Jentera Pemuda pula sibuk menjaga PDM ke 20 di luar kawasan Sg Limau..
Perjumpaan TPM dengan pengundi Cina
Dan majlis makan tengah hari
Aku berada di Comand Center ketika majlis ini diadakan.. Bila selesai meeting aku nampak hampir 100-200 penduduk cina Sg Limau datang. Majlis ini dikendalikan oleh MCA dan Gerakan..
Ketika pemimpin MCA berucap, aku mendengar kata kata Tiong Lai " kita harap ada berita baik dari YAB TPM" Kononnya perjumpaan pengundi cina bersama TPM dapat memberi rahmat kepada mereka.. Kata kata itu disambut dengan tepukan gemuruh dari penyokong2 MCA dan Gerakan.
Pengundi cina Sg Limau yang datang masih memekakkan telinga dan semuanya membuat hal masing2 ketika pemimpin MCA dan Gerakan berucap..
Menurut sumber, rata rata cina yang hadir ke majlis makan dan berjumpa dengan TPM itu telah diupah.Sama ada betul atau tidak tu aku tak pasti, tapi kalau siapa yang ada ketika majlis itu mesti boleh nampak keadaan sebenarnya..
Sebaik saja TPM berucap, pengundi cina Sg Limau hanya bersembang sesama sendiri.. Ketika itu yang paling sibuk adalah petugas petugas MCA memanggil pengundi cina yang baru sampai memenuhkan kerusi di dalam khemah.. Ketika YAB TPM mengumumkan peruntukkan kepada cina di Sg Limau, MCA dan Gerakan paling bertepuk sakan tanda gembira dengan pengumuman itu..
Dengan nada gembira pemimpin MCA dan Gerakan begitu yakin pengundi cina di Sg Limau beralih kepada BN siap dengan ikrar tandatangan lagi..
Namun semua itu hanyalah helah politik MCA dan Gerakan untuk menyedapkan mata pemimpin UMNO..
Bila tiba dihari pengundian, hampir 70% pengundi cina tidak membuang undi.. Mereka mengambil langkah selamat dengan memboikot PRK Sg Limau..
walaupun ada peningkatan dari segi peratusan sokongan berbanding pilihan raya umum lalu tetapi hakikatnya ramai antara mereka yang tidak keluar mengundi.
Sokongan masyarakat Cina tidak seperti dijanjikan, hanya 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan 1,836 pengundi.
Perkara ini wajar menjadi pengajaran kepada BN kerana soal kesetiaan dan permuafakatan politik bukan perkara yang boleh diambil mudah.
Bagilah berjuta juta peruntukkan sekalipun tapi jangan harap undi orang cina akan memihak kepada BN disebabkan sikap pemimpin MCA dan Gerakan sendiri..
Faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan BN di Sg Limau ialah disebabkan tidak ramai pengundi luar (penyokong BN) pulang mengundi..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda