Wednesday, 27 November 2013

PANASS !! KENAPA ANWAR CUBA SEMBUNYI KETURUNANNYA YANG ROSAK ??



Ketika bujang, Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya tapi duduk sebilik dengan Sukma di rumah bapanya di Kampung Tunku bersama Mak Tiri.

Kami memetik dari blog Talk with Hand, berikut:

“Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

“Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan”.

Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar.



“Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai ‘politician’ Malaysia serta imej ‘Pak Sheikh’nya.

“Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba ‘menyembunyikan’ kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya.

Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar.

Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis.

“Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya”, jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar.

Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.

Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai ‘kehebatan’nya sebagai pemimpin.

Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ?



Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia ? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat ?

Masanya tiba saya dedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya.

Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar.

“Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar).

“Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang.

“Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

“Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?

Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri ?

Baca sepenuh kisah keluarga Anwar yang rosak di blog Talk with Hand SINI

Sumber : Unspinners

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda