Tuesday, 19 November 2013

MANA YANG TAK SELAMAT ? KERETA 12 TAHUN @ LORI LEBIH DARI 15 TAHUN ATAS JALAN RAYA ??



Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu. 
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan. 


"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, Jumaat. 
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap pemandu dan kenderaan itu.


Ini kenyataan tak bertanggungjawab dari seorang yang bergelar jawatan ketua pengarah penyelidikan keselamatan jaln raya atau MIROS ..

OK.. Kenapa kereta 12 tahun tidak selamat ?? Sedangkan dalam hukum karma sekali pun tidak menyatakan kereta baru berusia 1 tahun boleh terlepas dari kemalangan meragut nyawa..

Kalau kereta 12 tahun itu dalam keadaan baik dan sempurna dijamin selamat digunakan diatas jalan, kenapa perlu ditukar??

Rakyat Malaysia yang membeli kereta baru menanggung hutang selama 9 tahun dengan bank.. Habis bayar hutang hanya ada masa lagi 3 tahun bebas dari cengkaman bank.. Jika cadangan pengarah MIROS ini digunapakai oleh kerajaan, maka rakyat Malaysia akan berterusan menanggung hutang..

Takkan kerajaan nak rakyat Malaysia jadi hamba bank untuk selama lmanya..?? Cadangan ini tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana harga keret di Malaysia bukan seperti di negara negara lain yang mengamalkan seperti apa yang dikatakan oleh pengarah MIROS.

MIROS sepatutnya mengenakan cadangan ini kepada pemilik pemilik lori yang berusia lebih dari 15 tahun dimana lori lori tua inilah punca penyebab kemalangan ngeri di Malaysia..

3 comments:

  1. cuba check % lori menggunakan hiway dan kemalangan di hiway yg membabit lori...kat situ akan dpt jawapannya mcmana mentaliti pemandu lori dan tahap keselamatan kenderaan mereka..

    ReplyDelete
  2. Klu diaorg buat research, aku sgt yakin lbh bnyk kete yg usia bawah 12 thn dr yg lebih 12 thn yg terlibat dgn kemalangan, perbezaan yg sgt ketara. Kete lama ni bnyknya yg bawak, golongan veteren yg lbh matang, bawak pun hati hati, sbb sayang anak bini.

    ReplyDelete
  3. Itulah profesor bodo namanya.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda