Friday, 29 November 2013
ISU BANGLA !! ANWAR SEKALI LAGI KANTOI DI DEWAN RAKYAT !!
Mungkin ada berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selalu dikecam kerana dikatakan kerap berbohong tidak mungkin berani berbuat demikian di Dewan Rakyat yang dianggap dewan mulia kepada ahli-ahli Yang Berhormat.
Bagaimanapun, jika sesiapa yang berada di Dewan Rakyat pada 19 November lalu atau meneliti hansard, jangan terperanjat dengar Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong menafikan kenyataan hanya selepas beberapa minit perkara itu keluar mulutnya.
Insiden berlaku ketika Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin sedang menjawab perbahasan bajet kementeriannya apabila ahli parlimen Permatang Pauh mencelah mengenai cadangan kerajaan membawa 500 ribu pekerja Bangladesh.
Tidak sampai lima minat Anwar sudah pusing cakap isu bangla di Dewan Rakyat
Anwar yang bangun mencelah antara lain berkata, “…saya faham hubungan baik Malaysia-Bangladesh yang harus dipertahankan sehingga hendak bawa 500,000 pekerja Bangladesh dan mengenepikan kepentingan penganggur di Malaysia. Itu satu soal lain, mungkin akan didaftar oleh SPR kemudian……”
Hamzah ketika meneruskan penggulungan menjelaskan “ Yang Berhormat Permatang Pauh kata hendak bawa 500,000 orang Bangladesh untuk ke Malaysia dan akhirnya akan diregisterkan sebagai pengundi. Itu seperti pembohongan yang dibuat dan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi…”
Beliau bermaksud Anwar berbohong dengan menuduh 500,000 rakyat Bangladesh akan didaftar sebagai pengudi.
Anwar kemudiannya bangun menafikan secara berterusan sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara beliau dengan Hamzah.
“Saya tidak check hansard, ada atau tidak saya akan akan daftar..saya kata jangan didaftarkan. Boleh bohong macam inikah?,”
“…Saya kata jangan, bukan saya kata didaftarkan. Semua ada dengar. Saya minta orang UMNO kalau berani, cakap yang benar…,”
“..Saya tidak kata 500,000 didaftarkan sebagai SPR, oleh SPR. Saya kata jangan ulang daftar,” tegas Anwar.
Hamzah bertikam lidah dengan Anwar apabila Ketua Pembangkang itu menafikan kenyataannya sendiri ketika mencelah
Malah, beliau berkata, “ saya bantah sebab ada tuduhan pembohongan. I challenge, esok check Hansard exactly apa saya kata dan you must withdraw kalau saya tidak tuduh kata 500,000 ini akan daftar. Kalau you sanggup begitu,then we take it. Kalau you cannot…”.
Memang patut Hamzah berkata, Anwar berbohong kerana kenyataan Ketua Pembangkang itu pada permulaan pencelahan mengatakan ‘ mungkin akan daftar tetapi selepas itu menafikan dengan mengatakan ‘saya kata jangan daftar’.
Sahlah, memang Anwar suka ‘u turn’ cakap sama seperti isu 40,000 ribu Bangladesh yang didakwanya mengundi Barisan Nasional pada PRU 13.
Akhirnya beliau menafikan ada membuat dakwaan tersebut dan menyalahkan media pro UMNO yang kononnya.
Itulah kehebatan Anwar malah bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip dalam ceramah selepas keluar parti itu pernah beri petua bagaimana hendak tahu waktu bila Anwar berbohong.
Kesimpulannya kata Zahid antara pemimpin yang paling rapat dengan Ketua Umum PKR itu, kalau hendak tahu waktu bila Anwar berbohong adalah ketika Ketua Pembangkang itu ‘buka saja mulut’. – bnbbc.my
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda