Monday, 25 November 2013

HOT !!! DENDA LEBIH TINGGI MENANTI PEMILIK IC CUAI !!!




Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu diambil berikutan lebih 500,000 kes kehilangan kad pengenalan dilaporkan dan ia tidak boleh dikompromi.

Bagaimanapun sekiranya kehilangan kali pertama disebabkan faktor kecuaian dan kebakaran, pertimbangan boleh diberikan untuk menggantikannya dengan kad pengenalan yang baharu, katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.



Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Okt tahun ini.

Dr Wan Junaidi tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin serta dijual kepada sindiket.

Ahmad Zahid berkata siasatan akan dijalankan terhadap kes kehilangan kad pengenalan atau MyKad yang dilaporkan kepada polis bagi memastikan ia benar-benar hilang dan tidak berkaitan penipuan atau diambil kesempatan oleh pihak sindiket.

"Kita akan mencari jalan untuk membantu mereka yang benar-benar kehilangan, tetapi jika siasatan pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati ia (MyKad) digunakan bagi tujuan tertentu, satu kadar denda yang tinggi akan dilaksanakan oleh pihak KDN," katanya.

1 comment:

  1. Bukannya hilang tapi UMNO bagi pada PATI untuk undi bodoh dan sial.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda