Saturday, 23 November 2013

DAH JANGKA, PERWAKILAN PAS TETAP TOLAK ULAMAK



Seperti dijangka, perwakilan Pas tetap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua berturut turut selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.

Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.

Nampaknya Para perwakilan Pas tetap mahukan seorang yang bukan dari kalangan ulamak untuk mengisi kerusi no 2 dalam Pas..



Tak tahulah apa jasa Mat Sabu dalam Pas sehingga masih ramai lagi perwakilan memilih beliau sebagai Timbalan Presiden..

Nak kata perjuangkan Islam, tak ada pun..Tapi apa apa pun tahniahlah buat ahli Pas.Sebab perwakilan Pas sedar bahawa Pas bukan satu parti perjuangkan hak orang Melayu, raja raja Melayu dan Tanah air..Sebab tu Pas gagal tarik golongan Melayu atas pagar undi Pas..

Pru lalu pun Pas harap undi cina saja atas nama Pakatan tapi hakikat sebenar kalau Pas bertanding atas diri sendiri, pastinya keputusan yang lebih teruk..


No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda