Tuesday, 22 October 2013

TINGGI SANGAT KAH KASTA ANWAR SAMPAI TOLAK SEPENTAS BERSAMA UFB @ustazfathulbari ??




Aku ialah di antara manusia di Adelaide yang tahu tentang hal ini lebih awal. Tetapi aku tidak menghebahkan tentang berita ini.

Sahabat aku, seorang pemuda PKR telah mencadangkan untuk meletakkan DSAI dan UFB sepentas untuk forum yang bersifat umum dan “non-political”.

Kata beliau, pada mulanya mereka bersetuju. Maka, aku menghubungi UFB untuk bertanya kesediaan beliau pula. Jawapan UFB ringkas.

“Ana bersetuju jika tajuk perbincangan adil untuk ana dan juga DSAI, moderator juga tidak boleh bias..”


Aku mencadangkan pegawai di MSD untuk menjadi moderator. Maka program itu nanti pasti berseri dengan penyertaan tersebut. Imej neutral untuk program tersebut pasti lebih terkawal.

Aku juga melihat percambahan pemikiran mestilah melalui proses menilai. Jika tiada saingan, bagaimana manusia hendak menilai. Meletakkan 2 tokoh yang berbeza pandangan, latar belakang dan zaman untuk sebuah forum intelektual adalah sangat baik.


Malangnya, tiba-tiba ketua staff pejabat DSAI, Ibrahim Yaacub menolak cadangan program forum tersebut dengan alasan :

1. UFB tidak layak untuk sepentas dengan DSAI.
2. UFB hendak mencari “mileage” politik.
3. Soalan kepada DSAI nanti akan bersifat politik.

Jika dengan pengarah MSD barulah “match” sebagai cadangan dari mereka.

Dengan 3 alasan ini, maka jelaslah sifat “kehodohan” pemikiran orang PKR.

1. UFB tidak layak untuk sepentas dengan DSAI.

Apa ukuran kelayakan tersebut? Tidak cukupkah kita menilai manusia ialah manusia. Lagipun, forum tersebut bukan forum politik atau forum perbincangan tentang polisi negara. Apa beza sikap mereka dengan sikap menteri Nazri Aziz yang menolak cabaran debat dengan Rafizi dengan alasan Rafizi masih budak-budak dan tidak layak berdebat dengan beliau. Kejumudan pemikiran orang disekeliling DSAI adalah punca projek pembodohan dalam PKR.

2. UFB hendak mencari “mileage” politik.

Forum tersebut bukan cabaran dari UFB. Ia cadangan pemuda PKR yang mewakili suara orang muda yang mahu melihat kepelbagaian pandangan disepentaskan. Tidak jadi isu UFB mahu jadikan ia “mileage” politik. Otak mereka terlalu kotor, sehingga semua perkara penuh persepsi politik.

3. Soalan kepada DSAI nanti akan bersifat politik.

Pelajar-pelajar yang bakal hadir tidaklah “sebodoh” akal manusia yang dipenuhi najis politik. Mereka tahu hormat majlis. Jika berlaku pun, sudah pasti penganjur akan menghalang. Itulah tugas penganjur dan moderator.

Aku tidak rasakan ia pilihan DSAI, tetapi pejabat DSAI. Aku sendiri telah mengubungi AIC, katanya mahu menghubungi Pak Brahim terus. Nanti akan “get back”. Sampai hari ini diam menyepi.

Daripada kisah ini, aku dapat mengenali budaya PKR.

1. Orang muda PKR tidak berani “argue” dengan orang tua PKR. Nampaknya budaya menjilat orang tua juga ada dalam PKR. Apa beza dengan orang muda UMNO yang dilihat menjilat “warlord²” UMNO? Mungkin orang muda PKR hanya berani menyalak mengkritik dan menghentam kerajaan dan UMNO saja. Dengan gang sendiri, nak “argue” pun tak berani.

2. Orang di keliling DSAI hanya mahu melihat DSAI syok sendiri bercakap dan berkempen. Bukan untuk memandaikan masyarakat dalam menilai pandangan dan hujah. Bukan semua orang boleh berdebat dan berhujah. Ia anugerah dari tuhan. Jika tidak, pertandingan debat perlu dibuat dari peringkat kelas untuk mencari pendebat terhebat. DSAI cabar DS Najib. Sudah jelas dan maklum DS Najib tidak dianugerahkan kelebihan tersebut. Jika sesiapa yang dapat “direct” kepada DSAI, tanya kepada DSAI, adakah DSAI takut untuk berforum dengan UFB? Adakah DSAI hanya berani berforum/dialog/debat dengan manusia yang tidak mendapat anugerah lidah yang hebat dari tuhan?

p/s : kata murabbiku, DSAI pernah tewaskan Haji Hadi dalam debat di USA dan menarik ramai ikhwan masuk UMNO dulu. (alturkistani.blogspot.com.au)

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda