Friday, 18 October 2013
PANASS !!! SESETENGAH PEMIMPIN UMNO ANGGAP KEHADIRAN @MukhrizMahathir SATU ANCAMAN ?? #MM4VP #BERANIBERUBAH
Memang betul apa yang diutarakan oleh sahabat blogger PemudaUmno-Putrajaya.blogspot.com dimana sejak mula desas desus mengatakan YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir akan bertanding jawatan naib Presiden, ramai pemimpin Umno mula berasa satu ancaman..
Malah sekarang ini dibahagian bahagian sudah ada gerakkan mengatur calon yang sedia ada kekal bagi jawatan berkenaan.Seperti tiada pertandingan..Malah Ketua wanita Umno sendiri mengarahkan semua perwakilan wanita memilih Calon yang sedia ada..
Bagi aku, perkara ini tak sepatutnya berlaku dimana akar umbi mempunyai hak untuk menentukan siapa pemimpin yang akan bawa suara mereka dimasa akan datang disamping berjuang untuk masa depan anak cucu kita..
Kalau pemimpin atasan mengarah akar umbi memilih calon dikalangan mereka, dimana transformasinya??
Sudahlah semasa kempen baru baru ni ada beberapa pemimpin habis habisan akan berjuang untuk bangsa Melayu, tapi bila dah menang terus buat kenyataan nak bawa agenda liberal..
Sampai bila ahli Umno nak kena tipu dengan pemimpin macam ni?? sebab tu aku minta pemimpin tertinggi bagi hak kepada seluruh perwakilan untuk mengundi pemimpin yang mereka nak.. Bukannya arah perwakilan pilih dikalangan kroni..
Pemimpin Muda berpotensi seperi Datuk Mukhriz perlu diberi kepercayaan untuk dipilih menjadi Naib Presiden..
Baca tulisan blog Pemuda Umno Putrajaya dibawah
Tahukah anda? Percaya atau tidak? Penyertaan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno pasti mengundang kontroversi. Daripada disyaratkan meminta nasihat Presiden Umno terlebih dahulu, kemudian penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula.
Apakah semua tohmahan ini? Namun di sebalik semua itu, mood dan trend perwakilan Umno menjelang pemilihan 19 Oktober ini dilihat semakin mengukuh terhadapnya. Kedudukan sebagai anak Mahathir, kejayaan Barisan Nasional menawan semula Kedah dan imejnya sebagai antara pemimpin muda yang baik dan berwibawa adalah antara faktor penyumbang ke arah itu.
Ini menjadikan, meskipun tarikh pemilihan tinggal sehari sahaja lagi tetapi ramai menjangkakan beliau tidak menghadapi banyak masalah untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi naib presiden itu.
Secara langsung juga keadaan ini menjadikan sekurang-kurangnya salah seorang daripada tiga penyandang kerusi Naib Presiden iaitu Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal mulai rasa tergugat. Sekiranya, dua lagi calon iaitu Isa Samad dan Ali Rustam turut berupaya melonjakkan diri masing-masing, tambahan pula kedua mereka juga pernah menyandang kerusi itu sebelum ini, bermakna ketiga-tiga penyandang jawatan naib presiden ini tidak lagi selamat kedudukannya.
Serentak dengan tersebarnya cakap-cakap bahawa penyertaan Mukhriz tidak mendapat restu Najib, spekulasi itu bertambah hangat apabila Zahid, Hishammuddin dan Shafie dilihat bersama-sama dan saling bergandingan tangan ketika hadir di hari penamaan calon pada 21 September lalu.
Walaupun dinafikan ada pakatan atau sebarang usaha untuk mewujudkan blok undi, kempen-kempen yang mahukan ketiga-tiga penyandang itu dikekalkan ternyata semakin tersebar di mana-mana.
Namun, ada yang beranggapan bahawa kehadiran Mukhriz sebagai salah seorang naib presiden seharusnya diterima dengan baik, sesuai dengan saranan meremajakan parti dan menerima pemimpin muda yang berkelayakan yang sering dilaung-laungkan sebelum ini. Tambahan pula, di kalangan tiga penyandang naib presiden itu ada yang begitu dipertikaikan kewibawaan dan daya kepimpinannya.
Di negeri-negeri lain juga didapati bahawa kempen yang mahukan ketiga-tiga penyandang dikekalkan turut kedengaran. Dalam banyak keadaan pula, nama Najib turut digunakan untuk menguatkan keyakinan agar para perwakilan bersetuju tanpa banyak soal dengannya.
Dan terbaru ini, kemenangan Mukhriz sebagai naib presiden dikatakan sebagai ancaman kepada Najib pula. Apa yang ditulis oleh sesetengah media mengenai hal itu sebenarnya adalah perkara yang sudah menular jauh diperbualkan di kalangan para perwakilan. Tujuannya tidak lain ialah untuk menghalang kemenangan Mukhriz dan menjadikan status quo naib presiden tidak berubah.
Isu kehadiran Mukhriz sebagai ancaman kepada kedudukan Najib kini bukan saja terpaksa dinafikan oleh tuan punya badan sendiri tetapi turut dilakukan oleh Mahathir juga. Mukhriz, kata Mahathir lagi, tidak mempunyai apa-apa niat buruk terhadap Najib.
Sementara Mukhriz mulai menyedari bahawa kempen-kempen untuk menolaknya daripada memenangi jawatan Naib Presiden Umno mulai mengancam peluangnya, Mahathir pula tentunya terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu anak bongsunya itu kecundang dalam pemilihan kali ini.
Semakin kuat Mukhriz cuba menyelit dan memastikan kemenangannya, begitu jugalah semakin kuat gerakan yang mahu menolaknya.
Cumanya, bolehkah Mukhriz disingkirkan sedangkan mood dan kehendak perwakilan secara majoritinya lebih memihak kepadanya?
Kemenangan Mukhriz mungkin menjadikan Umno tambah menarik dengan wajah kepimpinan yang dilihat lebih segar dan meyakinkan di mata rakyat tetapi sekiranya Mukhriz kalah, drama-drama dalam Umno selepas itu juga pastinya lebih menarik lagi
SEMUA ORANG TAHU SIAPA MANUSIA ITU. DULU DIJERLUN MANUSIA INI JUGA DATANG MAHU TUMBANGKAN DMM. APAKAH UMNO TAK SEDAR BAHAWA ANWAR IBRAHIM II SEDANG BERGERAK MEMBUNOH UMNO DARI DALAM.................
ReplyDelete