Memang malang betullah nasib Mat Sabu, tak habis habis kena main ahli Pas walaupun mereka tu terdiri dari rakan rakannya sendiri..
Baru baru ni Mat Sabu hadir merasmikan mesyuarat Pas kawasan Alor Star dengan semangat yang tinggi, mana tau kot2 Pas kawasan Alor Star mencalonkannya sebagai timbalan Presiden..
Tapi kedatangan Mat Sabu merasmikan mesyuarat Pas Alor Star nampaknya sia sia , Pas Alor Star tidak mencalonkan Mat Sabu sebagai timbalan presiden sebaliknya memilih Tuan Berahim dari golongan Ulama..
Kenyataan Mat Sabu dalam Sinar Online baru baru ni menyebut tetap akan bertanding mempertahankan jawatan yang disandang tetapi merahsiakan kawasan mana yang mencalonkannya sebagai Timbalan Presiden..
Nampaknya Mat Sabu dah tak laku dalam Pas.. Aku sarankan Mat Sabu masuk Dap, dah tentu Guan Eng sahabat sebantal Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Pengerusi ganti Tunku Aziz.. Mana tau depa lantik jadi Senator ka penggal akan datang.. hehehe
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan tetap bertanding jawatan itu pada Muktamar Pas bulan depan kerana mendapat pencalonan dari Pas kawasan.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan pencalonan itu termasuk Pas kawasan yang mencadangkan namanya.
“Ada pencalonan… namun saya serah pada perwakilan pada muktamar untuk tentukan sama ada saya dapat pertahan atau tidak jawatan yang disandang,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar, hari ini.
Menurutnya, beliau bukan mempertahan jawatan itu kerana keputusan terletak pada pemilihan oleh perwakilan.
“Saya serah pada perwakilan, selebihnya tak wajar komen,” katanya.
Diasak dengan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan agar jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama tinggi atau ulama, Mohamad enggan mengulas lanjut.
“Presiden sudah banyak kali komen pasal itu, saya tak mahu komen lagi,” katanya.
Mohamad juga enggan memberi sebarang reaksi apabila diajukan persoalan berkaitan peluang golongan ulama dan profesional dalam parti itu pada muktamar.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda