Wednesday, 2 October 2013
GEMPARR !! BUNG MOKHTAR BAWA PISTOL ?? PISTOL AIR KE @MyKinabatangan ??
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bawa pistol untuk tujuan keselamatan dan perlindungan diri berikutan peningkatan kadar jenayah, kebelakangan ini.
Beliau mendedahkannya ketika sesi perbahasan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dalam sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.
"Ketika Ordinan Darurat masih ada, saya tidak rasa takut. Namun, kini jenayah bunuh semakin meningkat sejak undang-undang tersebut dihapus.
"Saya terpaksa bawa pistol walaupun agak berat. Daripada saya mati ditembak, lebih baik saya mati ketika bertembak," katanya.
Menurutnya, rakyat berasa selamat sekiranya pindaan Akta Pencegahan Jenayah dilaksanakan, sekaligus menyokong undang-undang yang membantu polis tangani jenayah terancang.Sumber
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda