Saturday, 12 October 2013
DAH NAK KALAH LOKMAN MENGADU KAT MELOYAKINI ??
Calon bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno, Lokman Nor Adam kecewa apabila mendakwa dimaklumkan bahawa ada kalangan bahagian yang sebelum ini bersamanya, dikatakan telah beralih sokongan kepada calon lain.
Selain Lokman (kanan), tiga lagi calon yang bertanding jawatan tersebut ialah Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar; Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda Umno Lenggong, Mohamad Iruan Zulkefli.
Dalam SMS kepada Malaysiakini, Lokman yang juga exco Pemuda Umno mendakwa bahawa dari semalam lagi, beliau dimaklumkan bahawa banyak bahagian yang sebelum ini menyokongnya, dikatakan berpaling kepada calon lain.
Lokman mendakwa sistem pemilihan baru yang melibatkan 76,000 perwakilan di seluruh negara, akan memihak kepada mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kuat.
"Saya akan meneruskan perjuangan saya walaupun keputusan nanti tidak menyebelahi saya," tulisnya dalam SMS tersebut... - Malaysiakini
Sebab tu lah aku tak sokong mana mana calon NKP pada pemikihan kali ni.. semua calon NKP tak boleh pakai.. Ada yang gunakan wang nak dapat undi, ada yang tak puas hati bila perwakilan lari.. Bila dah lari pi mengadu kat portal pembangkang macam si Lokman...
Nak tau ka sebab apa lari?? Sebab pemuda umno sekarang bertuhankan wang..Siapa bagi wang kat orang tu dia tunduk...
Pemuda Umno sekarang mana ada maruah...Asalkan dapat wang mesti bagi undi...
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda