Kita semua sudah maklum bahawa PRK Sg Limau hanya tinggal beberapa hari saja lagi, pelbagai tomahan dan fitnah dibuat oleh pembangkang untuk burukkan kerajaan BN seperti jambatan Pulau Bunting.. Tetapi, dalam keghairahan troopers pakatan menyerang BN mereka pun tak tahu fakta sebenar tentang isu yang dibangkitkan seperti diatas..
Menurut apa yang di tulis oleh macai PR diatas, Kerajaan BN bina jambatan berharga RM250 juta bagi memudahkan penduduk bunian shopping di kompleks Idaman Suri Langkawi.. Hairan, sejak bilalah Langkawi ada jambatan macam ni menghubungkan pulau ke pulau..
Belum ada 1 pun projek jambatan sebegini rupa di Langkawi.. Barang kali macai PR belum buat sedikit homework untuk menyerang BN..
Tapi apa apa pun biar aku jelaskan kat sini.. Bagi sikit penerangan serba ringkas tentang lokasi jambatan ini..
Untuk makluman macai PR, jambatan ini terletak di Sg Limau bukannya Langkawi, jambatan ini dibina oleh Gamuda Berhad peruntukkan dari kerajaan BN pada tahun 2002 hingga ke 2005 menelan belanja RM 150 juta, bukannya seperti apa yang difitnah pembangkang sebanyak RM 250 juta hingga RM7 bilion..
7 bilion ?? Tak agak agak nak fitnah |
semasa dibina |
Pada 2008, Kedah jatuh ke tangan Pas dimana projek Zippy tersebut ditukar menjadi Sulihh, Kerajaan Pas meneruskan juga projek berkenaan tetapi gagal untuk dapatkan pelabur kerana menukar 100% operasi projek berkenaan diatas permukaan laut..
Jambatan ini dikatakan salah satu dari projek 'gajah putih' kerajaan BN di negeri Kedah. Ini bukan soal gajah putih atau projek merugikan, tetapi bila kuasa pemerintah bertukar tangan, apa yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini telah bertukar.. Kalau projek Zippy diteruskan seperti apa yang dirancang oleh kerajaan BN sebelum ini, kawasan berkenaan sudah lama berubah wajah..Penduduk juga menikmati kerancakkan ekonomi dikawasan berkenaan..
Walaupun projek ini dikatakan gagal, kawasan jambatan ini menjadi tumpuan bagi kaki kaki pancing di seluruh negeri Kedah.. Pulau Bunting ini juga sememangnya satu tempat menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan yang indah..
Pada PRU ke 13, Industri Petroleum di kawasan ini dimasukkan kembali dalam manifesto kerajaan BN.. Ini bermakna, kerajaan BN komited untuk memajukan kawasan ini dengan pembangunnan pada masa yang akan datang.. kemudahan seperti jambatan dan infrastruktur lain sudah ada, cuma mencari pelabur yang sesuai sahaja untuk memajukan kawasan ini...
Assalamualaikum.....
ReplyDeleteSy salah seorg dri anak kedah yg berkhidmat dlm bidang pelabuhan di Malaysia ni...klu jd la projek pelabuhan ni,tlg la info ye...
kami brhasrat sgt nak balik berkhidmat kat negeri kelahiran kami...brhasrat sgt nak memaju kan negeri jelapang padi..
bleh info kat alamat email spt di bwh..:
adamazam73@gmail.com
tq
PAS SELALU MENGIGAU DISIANG HARI, SEBAB SELALU IKUT CAKAP DAP.340
ReplyDeletePAS SELALU MENGIGAU DISIANG HARI KERANA IKUT CAKAP DAP.
ReplyDeleteApa la bodoh bangang nya org yg upload cerita jambatan bunian ni di langkawi..mmg puak2 PAS nie ketagih nak balik KEDAH la tu...oppps..depa kena tunggu lagi 5 tahun ooo....lamanya...cuma yg tinggal virus2 hijau yg dok buat kacau lagi dalam pentadbiran negeri....tapi virus2 nie sekarang dah menjelmakan diri sebagai org UMNO...jaga2 Mie Daim...dalam MBI tu banyak lagi yg virus2 hijau yg tunggu nak ngap bila PRU 14 dekat nanti.
ReplyDeletePuak2 PAS ni tak serik2 lagi nak fitnah. Tanyalah orang dulu sebelum nak hentam. Main serkap jarang je. Ingat orang2 PAS semua Allah tidak pernah menghalalkan fitnah untuk menang pilihanraya. Sebab tu hampa kalah PRU 13.
ReplyDelete