Thursday, 12 September 2013

UNDANG2 PENTINGKAN HAK ASASI MANUSIA BOLEH JATUHKAN NEGARA


contoh tindakkan Bar Council minta mansuh hukuman mati

Benar kata kata bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia Tan Sri Zaman Khan bahawa Undang-undang yang mementingkan hak asasi manusia bukan undang-undang terbaik untuk membasmi jenayah berat..

Menurut beliau hak asasi perlu namun mesti ada parameter dalam melaksanakan sesuatu undang-undang yang berkaitan jenayah.

Sebagai contoh negara-negara maju yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia sering menghadapi kes jenayah berat, ia lebih teruk berlaku di hadapan pasukan penguatkuasa polis dan tempat awam.



Sebelum EO (Ordinan Darurat) dimansuhkan adakah kongsi gelap berani naikkan benderanya? Sekarang mereka berani nak tunjuk kuasa.

Jika tindakkan tegas diambil, mereka kata hak asasi manusia pula. Barisan peguam pembangkang akan menghasut keluarga penjenayah supaya mengambil tindakkan kepada kerajaan..

Hak asasi manusia pun bagus juga untuk perlindungan pada kita.Tetapi bukanlah disalahguna untuk membela penjenayah berat..

Setiap orang ada hak untuk mempertahankan haknya tetapi harus ingat jika pihak berkuasa mempunyai bukti bukti kukuh mengatakan bahawa seseorang itu terlibat dalam aktiviti jenayah, maka kerajaan ada hak untuk mengambil tindakkan...

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda