Kecemerlangan YB Datin Sabrina di bukitkan dalam pilihan raya umum ke-13 apabila memenangi DUN Bandar Baharu, Kulim. YB Sabrina merangkap antara EXCO termuda di Kedah, Beliau bukan sahaja mengekalkan prestasi sebelum ini malah akan terus memacu kejayaan lebih cemerlang pada pilihan raya umum ke-14.
Sebelum menjadi ADUN, beliau pernah menjawat jawatan CEO Biotech di Melaka. Pengalaman dan kematangan yang dimiliki YB Sabrina mampu membawa puteri ke arah kecemerlangan.
Beliau berharap pengalaman sebagai ketua Puteri Umno bahagian sejak pergerakan Puteri wujud dan memegang jawatan exco pergerakan itu sejak 2008 akan terus membawa Umno berada di puncak.
Dengan pengalaman yang dimiliki YB Sabrina menawar diri bertanding bagi jawatan Naib Ketua Puteri pada pemilihan UMNO kali ini.
berapa cawangan puteri di bandar baru? 5 saja ka?
ReplyDeletekalau ikut sejarah wakil rakyat di bandar baru jangka hayat dia cuma sepenggal sahaja seorang.
ReplyDeleteKekal lama Dato Kadir saja melalui dasar pecah dan perintah.
Dato Husin ---sepenggal.
Ust Fisol-----sepenggal
Dato Osman Aji EXCO--sepenggal
Dato Azimi Daim EXCO---sepenggal
Ust Yaakob Pas---sepenggal.
Sdri Sabrina----ikut nasib.
YB Sabrina pandai pandailah bawa diri.
Dengar kata cawaangan PU3 pun tak sampai 10.
Jangan indah khabar dari bumi
nyata.
Kalau boleh berilah hidmat terbaik di DUN Bandar Baru dulu.Takut yang dikejar tak dapat.Yang ada kejijiran.
Sekarang pun dengar macam-macam cerita.Itu baru 100 hari lebih sikit jadi YB.
Tepuk buah dada tanya selera.