Sehingga hari ini, Mukhriz -yang setakat ini belum membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan- mendapat 85 peratus atau 1383 daripada 1621 undi.
Pemilik blog tersebut berharap dengan keputusan undian terkini itu akan memberi galakan kepada Mukhriz untuk mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden Umno.
Paling mengejutkan kedudukan Menteri Pertahanan yang merupakan salah seorang penyadang jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berada dikedudukan tercorot dengan 96 undi atau 5 peratus sahaja.
Hasil undian tersebut, pemilik blog itu menyarankan agar Hishammuddin menarik diri dari mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.
Selain Mukhriz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada dikedudukan kedua dengan 968 undi atau 59 peratus.
Ahmad Zahid merupakan penyadang jawatan tersebut dengan mendapat undi paling tinggi pada pemilihan Umno yang lepas.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berada dikedudukan ketida dengan mendapat undi sebanyak 815 atau 50 peratus.
Seorang lagi penyadang jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal -satu-satunya calon dari Sabah setakat ini yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut- memperolehi 258 atau 15 peratus undi manakala Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mendapat 152 atau 9 peratus undi.
Blog tersebut memberi tempoh sehingga Khamis depan untuk pengunjung membuat undian terhadap calon Naib Presiden Umno yang akan diundi.
Setakat ini hanya lima calon sudah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno iaitu Ahmad Zahid, Shafie, Hishammuddin, Isa dan Mohd Ali.
Sumber Astro Awani
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda