Wednesday, 25 September 2013
MAT SERABAI PKR NAK TUNJUK HERO KENA HALAU KELUAR DI PARLIMEN
Inilah jadinya bila budak yang baru jadi Ahli Parlimen nak tunjuk pandai pasal peraturan mesyuarat.. Sesi pertanyaan soalan belum mula lagi mamat ni dah bangkitkan peraturan mesyuarat..
Belum pernah lagi aku jumpa seorang loya bodoh macam ni sampai tak tahu langsung bila sepatutnya peraturan mesyuarat perlu dibangkitkan..
Semalam mamat ni juga persoalkan tempoh masa bagi pertanyaan soalan di Parlimen tapi mamat serabai ni tak pula sentuh pasal Speaker Dun Penang tak bagi langsung adun pembangkang tanya soalan..
Hari ketiga Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-13 hari ini bertukar kecoh seketika berikutan cubaan seorang Ahli Parlimen membangkitkan Peraturan Mesyuarat sebelum sesi soal jawab bermula.
Insiden itu berlaku apabila N.Surendran (PKR-Padang Serai) bangun sebaik Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memanggil Ahli Parlimen Libaran (Datuk Juslie Ajirol) untuk mengemukakan soalan pertama.
Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai itu mendapat teguran Pandikar Amin apabila menegaskan Dewan telah bersetuju sebelum ini bahawa sebarang Peraturan Mesyuarat hanya boleh dibangkitkan selepas selesai sesi soal jawab. “Saya ingatkan anggota-anggota (Parlimen) baru, sebelum sesi soal jawab, tiada sesiapa dibenarkan membangkitkan Peraturan Mesyuarat.
“Kita dah bersetuju dan ini turut diamalkan di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi. Kalau Yang Berhormat tidak duduk dan menganggu sesi ini, saya akan minta Yang Berhormat keluar,” kata Pandikar Amin.
Bagaimanapun, Surendran tetap mempertahankan tindakannya itu dan keengganan anggota Parlimen itu untuk mematuhi arahan tersebut menyebabkan beliau diarah keluar Dewan.
Surendran menyifatkan keputusan Pandikar Amin itu sebagai tidak adil.
Pandikar Amin kemudiannya menjelaskan kepada Dewan bahawa beliau bukan tidak membenarkan Surendran berhujah, sebaliknya meminta Ahli Parlimen itu menunggu sehingga selesai urusan mesyuarat terlebih dahulu.
“Saya bersedia menjawab Yang Berhormat berkenaan selepas sesi soal jawab. Tapi dia pilih buat macam tu. Bila kita kata sistem tidak baik, kita harus baiki diri sendiri dahulu. Kalau cara kita perbaiki tidak betul, siapa kita sebenarnya?” katanya.
Pandikar Amin juga berkata tindakan Ahli Parlimen Padang Serai itu seolah-olah tidak menghormati anggota yang lebih senior sambil mengingatkan anggota lain supaya tidak terus membuat bising dan menganggu perjalanan mesyuarat, jika tidak mahu dikenakan tindakan sama. – BERNAMA
Bodohh!! Tak tahu ker atau buat-buat tak tahu ttg perjalan sesi mesyuarat dan soal jawab di parlimen..Ko ingat parlimen nie zoo ka??
ReplyDeleteBukan bodoh.tapi dah tahap bahlul sbb die ingat duk dkt dalam hutan kot.nilah dasar budak hingusan.
ReplyDelete