Monday 16 September 2013

KONVOI SYM PULAU PINANG REMPUH 4X4 DI CHERATING



Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.



Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.

Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal. (Foto FB AdminRF)




Sumber Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda