Friday, 6 September 2013

HARGA MINYAK NAIK !! KENAPA NAK BANDING DENGAN NEGARA PENGELUAR TERBESAR ??




First sekali aku rasa frust jugak bila kerajaan umum harga minyak naik.. Ye lah sebab sebelum ni dah janji minyak takkan naik lepas PRU, tapi nak buat macamana, untuk pastikan ekonomi negara terus kekal berkembang dan untuk kurangkan defisit fiskal terpaksa juga aku terima.. Cuma aku agak kecewa dan kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia membuat tuduhan membabi buta tentang kenaikkan harga minyak ini..

Ada yang kata bahawa subsidi minyak di Malaysia sepatutnya setaraf dengan negara Arab dan negara negara pengeluar minyak terbesar yang lain, tapi kita harus memikirkan bahawa kuantiti pengeluaran minyak di Malaysia tak sama seperti di negara negara Arab..

Hasil keluaran minyak negara kita hanya sekitar 623,900 barel minyak sehari, manakala Arab Saudi mengeluarkan 11.1 juta barel sehari.. Sudah tentu dengan keuntungan yang diperolehi Arab Saudi lebih besar dan mampu untuk menurun harga minyak kepada taraf yang lebih rendah daripada kita.



Hasil minyak negara kita bukan hanya digunakan untuk subsidi minyak sahaja. Anda harus ingat bahawa hasil untung Petronas merangkumi sebanyak 40% jumlah keseluruhan bajet negara. Dalam bajet negara, peruntukkan untuk pembinaan pembanggunan seperti hospital, sekolah, jalanraya dan segala bagai infrastruktur, subsidi minyak, subsidi barang asas dan lain lain juga hasil daripada keuntungan Petronas..

Mungkin ada yang tertanya tanya mengapa keuntungan Petronas meningkat dengan mendadak tetapi harga minyak tidak turun? Pertama sekali, untung Petronas meningkat secara mendadak bermula tahun 2008 disebabkan peningkatan harga pasaran minyak dunia. Minyak di perairan Malaysia sangat bermutu tinggi, sebab itu minyak Malaysia dijual dipasaran antarabangsa.. Peningkatan keuntungan harga minyak yang mendadak turut dialami syarikat minyak antarabangsa seperti Shell dan Exxon Mobil. Pada masa yang sama, sumbangan Petronas terhadap bajet negara terus meningkat saban tahun.

Petronas adalah syarikat dan bukan semua keuntungnya digunakan untuk subsidi semata-mata. Kita pun belum tahu berapa lama lagi rizab simpanan minyak mentah kita mampu bertahan.. Bidang petroleum memerlukan satu dana yang besar untuk melakukan kerja kerja kajian, RnD dan cari gali.. Sebab itu Petronas kembangkan sayap pelaburan mereka di negara negara luar..

Tak lama lagi pula, Amerika Syarikat akan menjadi pengeluar minyak terbesar di dunia, sedikit sebanyak akan menjejaskan keuntungan Petronas dan syarikat minyak lain. Sudah pasti Malaysia tidak dapat bergantung kepada hasil minyak sendiri sebagai subsidi.Jika sekarang kerajaan menanggung subsidi yang tinggi untuk petrol dan diesel, bermakna ianya akan mencacatkan pertumbuhan ekonomi dan pembanggunan dimasa akan datang..

1 comment:

  1. Oleh kerana saudara copy fakta bloger lain,saya sertakan jawapan untuk fakta bagi blogger tersebut. (saya lihat tarikh untuk pastikan post siapa yg terdahulu)

    Berbicara tentang sesuatu mestilah kita mahir tentang sesuatu itu juga. Jika tidak ia kelihatan seperti ayam mengajar lembu terbang.

    http://www.ukeconline.com/CEKU/isu-harga-minyak-mengapa-malaysia-sebagai-pengeluar-minyak-berbeza-dengan-negara-arab/

    1. Perbandingan pengeluaran minyak Malaysia dengan Arab Saudi iaitu antara pengeluar terbesar didunia adalah perbandingan dangkal dan tidak adil. Diharap penulis dapat membandingkan Malaysia dgn negara pengeluar minyak yang mengeluarkan kuantiti minyak yang hampir sama supaya hujahan penulis tidak nampak seperti berat sebelah.

    2. Hasil minyak pada tahun 2012 (rujuk laporan audit negara) berjumlah RM58bil yang merangkumi cukai korporat Petronas RM22bil, dividen Petronas RM30bil, duti eksport minyak RM2bil dan royalti petroleum RM4.4bil. Berbanding jumlah anggaran perbelanjaan pada 2013 sebanyak RM250bil (rujuk teks ucapan bajet 2013), hasil minyak adalah 23% daripada perbelanjaan negara bukannya 40% seperti yang dimaklumkan penulis.

    3. Subsidi minyak sejak 2009 semakin menurun dan berada pada paras minima (rujuk laporan perbelanjaan persekutuan 2013). Metodologi perakaunan kerajaan yang baru mengkategorikan subsidi bayaran tunai seperti BR1M, BB1M dan sebagainya dibawah satu kategori bersama-sama subsidi minyak. Dengan itu angka subsidi minyak&diesel di pam minyak yang sebenarnya adalah lebih rendah.

    4. Perbandingan Petronas dgn Exxon Mobil & Shell adalah sangat dangkal kerana Petronas adalah 100% hakmilik nasional manakala Exxon Mobil & Shell adalah syarikat awam yang tersenarai New York Stock Exchange dan London Stock Exchange masing2. Juga kedua2 syarikat adalah 2 syarikat terbesar di dunia dari segi hasil (revenue) [rujuk Fortune500].

    5. Fakta tentang kuantiti minyak yang dieksport Petronas mengelirukan. Bagaimanakah jumlah penggunaan domestik lebih tinggi daripada jumlah minyak dieksport sedangkan jualan minyak Petronas berbanding penggunaan domestik seperti yang ditunjukkan di dalam laporan kewangan Petronas 2011 adalah berbeza? Nisbah eksport kepada penggunaan domestik minyak adalah 3:1. Malaysia adalah pengeksport bersih (net exporter).

    6. Fakta penulis tentang Gazprom juga terpesong dan tidak benar. Gazprom tidak mengalami masalah kewangan bila harga minyak global jatuh. Masalah Gazprom hanyalah tentang masalah pemilikan yang mana ia diswastakan oleh bekas presiden Borris Yeltsin dan kemudiannya dimiliknegarakan semula oleh Vladimir Putin. Ia adalah berkenaan perang proksin antara pemerintah di Moscow dan golongan oligarki & aristokrat di sana.

    7. Berpolemik dengan matang dan ikhlas perlulah dengan mengemukakan fakta & angka yang benar. Kematangan & keikhlasan tidak akan wujud tanpa kejujuran dan niat untuk memesong dan menyembunyikan fakta. Berpolemik dgn tidak jujur adalah lebih bahaya daripada berpolemik dengan emosi.

    Pembaca adalah graduan dalam bidang Sains Aktuari yang juga mengkhusus dalam bidang ekonomi, kewangan dan perakaunan. Sekarang bekerja sebagai pengurus dana & pedagang komoditi di syarikat antarabangsa. Pembaca juga sangat berminat mengikuti perkembangan semasa politik tanahair dan sering berkempen untuk rakyat Malaysia mempercayai hujah berserta fakta & angka. Seorang peminat sejati Manchester United #GGMU. Beliau bertweet di @Norman__G

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda