Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu klip video terbaru dari pengarah muda yang membawa mesej 1 Malaysia iaitu Namewee.. Klip video selama 5 minit 23 saat ini dihasilkan oleh beliau ini ditujukan khas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia dan juga Menteri Dalam Negeri..
Mesej yang dibawa oleh Namewee dalam video klip terbaru ini sarat dengan kata kata pujian kepada Menteri Menteri yang dimaksudkan sehingga mengundang rasa marah seluruh rakyat Malaysia..Rileks la bro, Nazri Aziz pun merayu kat rakyat Malaysia jangan kecam mamat "seni " nie ...
Okaylah.. Antara mesej 1 Malaysia yang ungkapkan oleh Namewee adalah " Mempersoalkan tindakkan kerajaan mendakwa Alvin dan Vivian hanya kerana sup Bak Kut Teh mereka"..
Namewee juga menyoal tindakkan kerajaan menggantung filem "The New Village " kerana filem yang mengangkat komunis sebagai pejuang itu hanya sekadar bahan sejarah yang tak perlu dipertikaikan..
Dalam video ini, Namewee ada memberi kata kata cintakan negara kepada Ds Zahid dan DS Shabery supaya tidak melewat-lewatkan atau menangguhkan tayangan filem baru arahannya “Nanti gua sembur kamu dengan kencing gua dan suruh kamu dakwa air kencing gua” dan lagu "Makan Tahi, Makan Tahi" kepada mereka mereka yang terlibat..
Kena kencing pun tak pe janji aku dapat undi cina |
Sesungguhnya tiada apa apa kesalahan pun yang dibuat Namewee dalam klip video terbaru Namewee ini..Kerana inilah dia bakat seni seorang rakyat yang patriotik.. Sebab tu Nazri Aziz kata kepada rakyat Malaysia agar tidak mengecam penyanyi muda ini.
“Dia seorang yang muda, Namewee disalah faham dan disalahertikan oleh media arus perdana.
“Saya tidak fikir Namewee mahu atau berhasrat untuk terlibat dalam politik, kita tidak harus mengheret dia ke dalam bidang yang dia tidak suka,” kata Nazri kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen pada pertemuan beliau bersama Namewee..(Rujuk sini)
Jadi yang salah selama ini adalah blogger blogger Pro BN dan media arus perdana yang sengaja memutarbelit video video klip Namewee..Oleh itu, sebagai orang Melayu budiman dan penuh dengan prinsip tolak ansur, kita tak perlulah nak salahkan Namwee.. Salahkan diri kita dulu sebab percaya sangat dengan duduk diatas atas singgah sana tu..
MTK
IKUTKAN HATI NAK TULIS KASAR, TAPI NANTI AKU RAYA KAT LOKAP PULAK...
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda