Tuesday, 13 August 2013
SYIAH DI KEDAH !!! EKSKLUSIF ! VIDEO JEMAAH CIUM MULUT KHATIB LEPAS BACA KHUTBAH JUMAAT !!! @dsjamilkhir @MukhrizMahathir @UMonline
Video ini diperolehi dari seseorang yang telah memuat naik kedalam salam satu group FB.. Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid di Pendang..
Kandungan video menunjukkan seorang Khatib sedang membaca Khutbah Jumaat dan diakhir khutbah tersebut, beberapa orang bangun menerpa khatib dan beberapa orang jemaah lagi sedang menunggu Khatib dibelakang mimbar datang mencium khatib tersebut setelah selesai membaca khutbah..
Pendang merupakan pusat Syiah terbesar di Kedah dimana daerah Pendang menjadi tempat untuk merekrut ahli ahli baru untuk menganut ajaran sesat Syiah..
Dengan tersebarnya video ini, aku mohon pihak bertanggungjawab jalankan siasatan kerana perbuatan ini mencemarkan Islam..
MTK
Makin parah Syiah di Kedah la ni..
Astagfirrullahulazim..............apa sudah jadi???Munkin Datuk Seri AI tu syiah jugak ker sb saya biasa tengok satu video dia pun cium antara jantan dgn jantan???Wallahuaklam.
ReplyDeletekalau berani suruh MAIK siasat, tapi MAIK tak sebodoh itu krn ini adalah tradisi Sunni di Kedah! Terima kasih krn upload video makan tuan ni
ReplyDeleteAI tu gay berdarah syi'ah...
ReplyDeleteini tradisi biasa kat kedah la..bukan syiah tapi sunni.aku tau la aku orang kedah...cooiii.
ReplyDeletePale hotak punye tradisi biase....pebende tradisi kau ni comolot plak ni?maksiat pon tradisi biasa ke?
ReplyDeletemohon sgt kerajaan perbetulkan akidah pada mereka2 yg sesat ini..jangan buat Malaysia huru-hara mcm negera2 arab..
ReplyDeleteanon 4:13
ReplyDeletehabis tu aku bukan org Kedah?? berpuluh tahun aku duk kedah.xpenah pun jmpa mcmni..masjid sebelh rumah aku dan masjid2 yg aku duk pi tak penah buat mcm ni
Salam.
ReplyDeleteBetul apa yg anon tu ckp.ini adalah amalan sejak sekian lama masyarakat kampung ini berlumba2 utk bersalaman dgn khatib ketika akhir khutbah 2 hari raya.
Ia juga amalan Pondok Chegar semasa zaman Tuan Guru Hj Mohamad Rubat. Harap "clear".
Sy anak jati kg berkenaan dan lebih maklum hal ini. wallahu a'lam.
Harap tukang upload dpt buang video ni krn boleh menimbulkan fitnah yg jelek dgn tajuk yg memalukan serta dikaitkan pula dgn syiah.
pasal cium, depa cium pipi. cuma dari jauh nampk mcm cium mulut. gila apa nk cium mulut!
jgn asal pendang terus cop syiah.
Hadui....betui ...betui ka depa dok com mulut.... apa jabatan agama islam kedah buat.... tidoq saja ka...?
ReplyDeletelagi satu, kejadian bukan pd khutbah jumaat, tapi khutbah raya mggu lepas. harap dpt dihentikan fitnah ni.
ReplyDeleteni di kampung Datok Man Abdul (MP Pendang). tak percaya tanya beliau.
Sukaa hatii hampa ja fitnah... Aku ada kat tmpat kejadian kot...tu tradisi org kg..cium pipi ja.. Depa sayang tok imam depa 20 taun dah imam situ...
ReplyDeleteNi dah lah blog umno..hg dok fitnah kg kuat umno plak...kesian puak2 ampa kena fitnah ngan geng sendri..adoii...
ReplyDeleteape kejah cium2..mne aku p khutbah mna pn xde sampai bsungguh2 p cium..org siap khutbah brsungguh2 bgun nk solat ni nk p cium..rosak2 anutan mne r ni..
ReplyDeleteNi smayang raya lah cek oii..hang dok kalot nak p smayang pa? Zohoq? Depa dok kalot salam peluk blaga pipi ampa dok kalot fitnah... Hang nampak jelas ka dia cium mulut? Puncaaa la org cmni
DeleteAnonymous said...
ReplyDeleteape kejah cium2..mne aku p khutbah mna pn xde sampai bsungguh2 p cium..org siap khutbah brsungguh2 bgun nk solat ni nk p cium..rosak2 anutan mne r ni..
14 August 2013 19:58
***
Semayang raya lepas khutbah ka ceq?
Mazhab mana?
tuan blog sila bertanggungjawab dengan men'delete' segera entry fitnah ni.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalammulaikum Pemilik/Penulis Blog.
ReplyDeleteMohon setiap artikel sebelum dipublishkah di sahkan kesahihan terlebih dahulu.
Jangan main sedap menulis mengikut perasaan dan dimanipulisi oleh akal anda sendiri yang belum tahu lagi kebenarannya.
Bukan apa takut2 terjadi fitnah tanpa anda sedari yang kelak akan memakan diri saudara serta anak cucu sdr...
sila delete segera entry fitnah ni. semoga ia tak menjadi beban anda di akhirat nanti.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteMohon memperbetulkan apa yang tak betul mengenai artikel dikampung kami.
Dibawah adalah penjelasan resmi untuk rujukan pihak tuan:
Sumber:- http://www.sinarharian.com.my/imam-nafi-cium-mulut-amalan-kariah-1.193928
PENDANG – Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.
Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.
Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.
Justeru itu, Sinar Harian berusaha mencari khatib yang dimaksudkan dalam video itu dan difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut Pendang.
Imam Masjid Ar-Rahman Kampung Paya Kerchut, Mokhtar Mohamad kelihatan tenang ketika Sinar Harian memperkenalkan diri dan menjelaskan bahawa dakwaan laman sosial mengatakan seorang jemaah bertindak mencium mulutnya adalah tidak benar.
“Adegan cium mulut sama sekali tidak berlaku dan saya rasa sudut kamera ketika video itu direkodkan menampakkan seolah jemaah itu mencium mulut saya.
“Pada hakikatnya, jemaah meluru dan menunggu di belakang saya bertujuan untuk bersalam, memeluk dan berlaga pipi sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di masjid itu semalam.
Jelasnya, bersalaman, memeluk dan berlaga pipi merupakan perkara yang sering dilakukan dalam kariah ini sejak puluhan tahun dahulu.
“Budaya ini menjadi keseronokan pada hari raya bagi anak kariah masjid ini dan satu kegembiraan bagi anak kariah pertama yang dapat bersalaman dan memeluk imam menyebabkan mereka berebut datang ke hadapan.
“Ada golongan menyifatkan perbuatan tersebut adalah amalan Syiah namun selama 13 tahun saya menjadi imam masjid ini mendapati tiada pengikut Syiah dalam kariah ini,” katanya.
Mokhtar berkata, budaya memeluk, berlaga pipi sering dilakukan oleh anak kariah terdiri daripada anak murid, saudara-mara dan kenalan rapat.
Katanya, dua jemaah yang tunggu meluru ke arah mimbar adalah jirannya dan merupakan anak kariah yang sering datang ke masjid melakukan solat secara berjemaah.
Sementara itu, katanya, beliau juga telah mengumumkan permohonan maaf ketika solat Jumaat lepas di masjid itu daripada seorang jirannya yang memuat turunkan video tersebut.
“Jiran saya yang menetap di Putrajaya dan pulang berhari raya telah memuat turunkan video itu namun dia memaklumkan kepada saya melalui panggilan telefon bahawa tidak berniat untuk menjadikan perkara yang berlaku sekarang.
“Dia juga minta maaf kepada saya dan minta saya yang dipanggilnya Pak Long agar membuat pengumuman di masjid menjelaskan perkara sebenar kepada anak-anak kariah,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul ketika dihubungi berkata dia telah mengetahui perkara itu dan menjelaskan budaya berpeluk dan mencium imam adalah perkara biasa bagi penduduk kampung di situ.
“Saya orang kampung ini dan ketika kejadian saya ada dalam masjid itu. Budaya peluk, cium dengan imam adalah kebiasaan di sini. Cerita cium mulut tak benar," katanya.