Monday, 12 August 2013
GEMPARR !!! KISAH IBU MENGANDUNG MAKAN LEMANG BEBISA HANYA REKAAN SEMATA MATA !!!
Kisah wanita hamil yang maut selepas makan lemang sekitar Sik hangat diperkatakan sejak minggu lalu menimbulkan situasi cemas penduduk sekitar terutama penggemar juadah itu menjelang Aidilfitri.
Penyebaran khabar angin palsu melalui laman sosial Facebook itu dikatakan telah tersebar meluas melalui beberapa blog tempatan.
Ini berikutan amaran berjaga-jaga yang dikeluarkan melalui kenyataan sama yang menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli lemang kerana takut menerima nasib sama.
Dalam kenyataan itu, seorang wanita maut selepas didakwa makan lemang yang dibeli suaminya di tepi jalan kerana mengidam mahukan juadah tersebut.
Dalam kenyataan sama, wanita yang sarat mengandung sembilan bulan itu dikatakan terus merasai lemang yang baru dibawa balik suami dengan mencubit bahagian atas yang lembik di mana ia mengandungi lemak santan berlebihan.
Sejurus makan, si isteri dipercayai muntah dan terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Doktor yang membuat pemeriksaan bagaimanapun meminta suami wanita itu pulang dan membelah lemang dimakan itu terlebih dahulu untuk mengenal pasti kandungan sebenar di dalamnya.
Alangkah terkejut suami apabila ternampak ular tedung panjang sejengkal berada di dalamnya.
Akibat itu, isteri dan anak dalam kandungannya dikatakan telah meninggal dunia akibat termakan bisa ular terbabit.
Kes terbabit dikatakan dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Bagaimanapun, Jurucakap Jabatan Forensik HSAH mengesahkan tiada laporan mengenai kes terbabit dirujuk ke hospital berkenaan sepanjang minggu ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian dan maklumat itu dipercayai disebarkan individu tidak bertanggungjawab serta mengelirukan pengguna.
“Kita tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian ini di Sik atau mana-mana tempat lain dan diharap agar orang ramai tidak terpengaruh dengan berita palsu atau menyebarkan mana-mana maklumat yang tidak sahih,” katanya.
KENYATAAN MEDIA
ReplyDelete4 Julai 2013
Kami NGO Islam ingin menarik perhatin kerajaan dan juga masyarakat umum mengenai perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi baru Lembaga Tabung Haji oleh kerajaan. Kami berpendapat bahawa perlantikan beliau sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji, tidak menepati kriteria transformasi dan tidak bersifat transformatif seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini.
Sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai wawasan dan tujuan yang besar lagi murni serta mempunyai kaitan rapat dengan aspirasi kerajaan, Islam serta kaum Muslimin, ia sepatutnya dipengerusikan oleh seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan serta memiliki latar belakang pentadbiran perniagaan serta kelulusan akademik yang tinggi. Selain dari memiliki kriteria tersebut, untuk mengurus suatu entiti perniagaan besar seperti Lembaga Tabung Haji dengan imej Islam pula, pengerusinya memerlukan reputasi yang tinggi dengan integriti dan sahsiyah yang tinggi juga.
Maka, kami berpendapat Datuk Abdul Azeez tidak mampu membawa imej tersebut dan tidak sesuai menjadi pengerusi kerana Lembaga Tabung Haji terlalu besar baginya serta mempunyai kaitan dengan imej dan identiti Islam pula. Oleh yang demikian kami meminta kerajaan menilai semula keputusan perlantikan Datuk Azeez tersebut dan segera mencari calon baru yang lebih kompeten dengan memiliki integriti dan sahsiyah yang tinggi yang justeru dapat memelihara imej kerajaan yang bersih lagi Islamik serta dapat membawa Lembaga Tabung Haji kepada tujuan asal penubuhannya dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang sedang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji ini.
Ismail Mina b. Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)