Sunday, 4 August 2013
DULU PEMBANGKANG NAK CHIN PENG, SEKARANG NAK NEW VILLAGE
Puak pembangkang yang mendokong fahaman liberalisme mendesak supaya filem pro-komunis 'New Village' tidak diharamkan.
Antara alasan yang diberi ialah kerajaan perlu bersikap terbuka dan menerima pandangan alternatif tersesuatu insiden atau peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara.
Jika dilihat hujah sebegitu ia sudah tentu akan menarik sokongan rakyat yang tidak faham mengenai kedudukan isu tersebut dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Melayu sebagai Bangsa Teras dengan dianugerahkan Hak-Hak Istimewa tertentu di dalam Perlembagaan Negara.
Antara tempoh tahun 1948 hingga tamatnya pengisytiharan Darurat I pada 31 Julai 1960, dianggarkan lebih 12,000 anggota Rejimen Askar Melayu DiRaja gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan komunis.
Darurat II yang bermula dari tahun 1974 hingga 1982 memperlihatkan anggota dan pegawai tinggi pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjadi sasaran komunis.
Mangsa pertama ialah Timbalan Penguasa Polis (TPP), Wong Lin Hoon yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada tahun 1973.
Kemudian pada 12 Julai 1973 pula, Ketua Inspektor Chin Kou ditembak mati di Serdang, Kedah.
Ini disusuli pada Oktober 1973, apabila Detektif Sarjan Chong Kek Oh ditembak mati di Sungai Siput, Perak.
Detektif Konstabel Lee See Kaw ditembak mati di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974.
Pada 20 April 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin ditembak mati di Melaka dan empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua dibunuh di Chemor, Perak.
Pada 6 Jun 1974, anggota Parti Komunis Malaya bertindak dengan lebih berani apabila menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Beliau gugur akibat tujuh das tembakan pada 7 Jun 1974 ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman.
Begitu juga dengan Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang di tembak mati oleh pengganas komunis dalam tahun 1975.
Pembangkang sengaja menutup fakta sejarah ini kerana kononnya mahu memperjuangkan nilai-nilai keterbukaan dan kesamarataan.
Mereka tidak fikir perasaan dan kemusnahan hidup telah ditanggung oleh beribu anggota polis dan askar yang terkorban di tangan komunis.
Pembangkang mempunyai agenda licik untuk menyebarkan fahaman komunis secara halus melalui filem dengan mempengaruhi fikiran dan minda generasi muda yang tidak tahu mengenai sejarah perjuangan negara melawan anasir komunis.
Sebelum itu pembangkang juga amat lantang mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas Pengerusi PKM, Chin Peng pulang ke Malaysia.
Bagaimana mungkin kerajaan atau juga keluarga anggota keselamatan yang dibunuh komunis boleh membenarkan manusia yang dipanggil 'Butcher of Malaya' atau Penyembelih Malaya ini pulang ke tanah air.
Adakah pembangkang mahu mewujudkan keadaan tegang dalam negara dengan kepulangan Chin Peng kerana orang Melayu khususnya tidak akan menerima kehadiran Bapa Komunis Malaya itu di bumi Malaysia?
Kini Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Sim Tze Tzin pula mengatakan kerajaan tidak patut haramkan filem New Village.
Beliau berkata kononnya desak pengharaman filem itu adalah daripada golongan konservatif yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat moden.
Kononnya pengharaman hasilan seni, filem dan buku, kerana menyalahi prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.
Ini adalah kenyataan seorang yang lahir dalam zaman Malaysia sudah bebas daripada ancaman komunis dan boleh menikmati kehidupan yang bahagia dan aman hasil perjuangan anggota keselamatan negara.
Ole kerana kejahilannya maka bolehlah beliau buat kenyataan sesuka hati tanpa memikirkan sensitiviti terhadap keluarga mangsa keganasan komunis.
Golongan yang mempertahankan 'New Village' tidak pula mengambil sikap yang sama terhadap filem patriotik Tanda Putera yang diterbitkan oleh sorang pengarah Melayu.
Antara orang yang pertama yang lantang membantah penayangan tanda Putera ialah pemimpin Dap yang takut rahsia pembabitan mereka dalam tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di bongkar oleh filem tersebut.
Filem itu terpaksa dibatalkan tayangannya beberapa kali kerana kerajaan tertekan oleh kritikan pembangkang dan dipaksa melalui proses penyuntingan yang lebih ketat.
Filem yang memaparkan pensejarahan peristiwa yang tidak boleh dipertikaikan dipaksa untuk dilambat-lambatkan tayangannya tetapi filem yang mengagungkan fahaman komunis mahu ditengahkan.
Bebrbeza dengan Tanda Putera, filem 'New Village' mengintepretasi zaman darurat dari kacamata komunis iaitu musuh utama negara.
Dalam keadaan sikap rasis dan perkauman yang semakin menebal akibat hasutan pembangkang, adakah negara bersedia untuk menambah kepada suasana rapuh kini dengan menimbulkan satu lagi isu kontroversi?
Generasi Cina yang kebanyakannya mempunyai warisan pembabitan komunis di dalam keluarga mereka kini berjuang untuk membersihkan mana datuk moyang mereka supaya mereka pula diangkat sebagai hero dan pejuang kemerdekaan! Melalui filem ini mereka cuba memesongkan fakta sejarah dengan memberikan tumpuan kepada kesengsaraan yang pihak komunis terpaksa lalui ketika melawan pihak penjajah.
Filem ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu helah untuk menanam kebencian terhadap orang Melayu kerana berpihak kepada pihak British menentang komunis. PKM menentang penjajah Inggeris bukan dengan tujuan untuk memerdekakan Malaya ketika itu tetapi untuk menubuhkan sebuah negara komunis yang didominasi oleh kaum Cina. menjajahnya.
Sudah tentu jika ini berlaku berakhirlah institusi raja-raja Melayu dan bangsa Melayu akan dihapuskan dari tanah air mereka.
Kenapa tidak station2 tv di Malaysia menayangkan peristiwa2 pahit yang berlaku pada tanggal 13 May 1969....pada tiap2 tahun untok mengingati peristiwa tersebut. Ini juga satu langkah untok generasi baru menghargai apa itu toleransi kaum.
ReplyDelete