Wednesday, 21 August 2013

BLACKLIST CCRIS : PTPTN LANGGAR RESOLUSI MEJA BULAT PTPTN !!! @KhairiKJ @Tunfaisal




Alhamdulillah, akhirnya kabinet hari ini membuat keputusan untuk menolak cadangan untuk menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS)

Sebelum ini Menteri Pendidikan Kedua Datuk Idris Jusoh berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Beliau berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.



Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Bagaimanapun, tindakkan PTPTN mahu melaksanakan sistem berkenaan ditentang Pemuda Umno Malaysia,

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan.

“Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.

“Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihanan peribadi.,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Daruk Seri Idris Jusoh semalam bahawa PTPTN akan menyenarai hitamkam peminjam yang ingkar menerusi CCRIS di bawah Bank Negara.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan sama ada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda.

Pada masa yang sama, kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN di dalam memastikan anak muda yang ingin melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi, katanya.

Tindakkan PTPTN mahu menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dibawah sistem CCRIS sebenarnya melanggar kata sepakat antara peminjam (mahasiswa) dan pihak PTPTN dalam Rundingan Meja Bulat PTPTN yang diadakan atas inisiatif Pemuda Umno pada April 2012 di Kuala Lumpur..

Antara kandungan resolusi yang disampaikan kepada PTPTN  adalah cara pembayaran balik pinjaman iaitu :


ROMBAKAN TERHADAP SISTEM BAYARAN BALIK PINJAMAN HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT :

1. BAYARAN PINJAMAN MULA DIBUAT APABILA PEMINJAM TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI 6 BULAN ATAU TELAH MEMPUNYAI PENDAPATAN RM3000 KEATAS YANG MANA TERKEMUDIAN BAGI MENJAMIN TEMPOH KELEGAAN PEMINJAM.

2. KAEDAH BAYARAN BALIK HENDAKLAH DIKAJI SEMULA DENGAN MENGAMBIL KIRA MEKANISMA PEMBAYARAN SEPERTI KWSP DAN LHDN DISAMPING KEMUDAHAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM E-PAYMENT SEDIA ADA.

3. INSENTIF PELEPASAN CUKAI DIPERKENALKAN KEPADA MAJIKAN-MAJIKAN YANG BERSEDIA MENJELASKAN BAYARAN PTPTN PEKERJA MEREKA.

4. KAEDAH MENYENARAI HITAM PEMINJAM YANG MENYEBABKAN KEBEBASAN PEMINJAM SEPERTI URUSAN KELUAR NEGARA ATAU MEMBUAT LAIN-LAIN PINJAMAN HENDAKLAH DIMANSUHKAN.



No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda