Tuesday, 16 July 2013

PEMUDA UMNO PERLU BUANG SIKAP KORPORAT !!! @khairikj @Razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafii


Sebagai sayap pendesak, berhaluan kiri atau bahasa kasarnya pemberontak parti dan kerajaan pemuda sepatutnya lantang mengkritik mendesak pihak pihak berkenaan yang gagal untuk mengekang perbuatan biadap bangsa lain mencerca menghina Islam, Melayu dan Tanah Air..

Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif perlu disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.

Barulah institusi Pemuda tu kembali perjuangan asal. Ini tidak, pemuda sekarang dah nampak terlebih korporat dan eksekutif..Dah takdak semangat sebagai pemberontak.

Aku bukan nak marah atau nak hentam pemuda.tapi kadang kala ada benda yang kena ditegur.. Dulu kalau ada sesuatu isu sensitif dibangkitkan, ada saja muka pemuda pemuda turun demo..Tapi sekarang dah lain sikit.. Pemuda dah macam orang korporat..



Dalam kesemua barisan Exco, takkan takdak sorang yang ada jiwa seperti pembangkang? Takkan semuanya "yess boss okay boss" ?? Aku tau, la ni banyak Exco atau ketua pemuda dilantik menjadi pegawai khas, setpol kepada sekian sekian menteri, ya la, takkan semua benda kena "yess boss".. Habis tu rakyat pula macamana??

Banyak isu sekarang ini pemuda boleh bangkit menentang seperti penghinaan terhadap Islam, kenaikkan harga barang, kos sara hidup meningkat, masalah masalah yang dihadapi anak anak muda sekarang ni.. Barulah nampak pemuda sebagai juara..Bukan juara kampung tapi juara membangkitkan isu rakyat..

Barulah ahli ahli pemuda dibawah nampak seronok tengok ketua dan Exco Exco yang dipilih semasa pemilihan lantang bangkitkan masalah mereka..Aku lebih respek kalau seseorang Pemuda Umno tu nampak lebih pendesak dari parti pembangkang.. Nilainya perjuangannya lebih tinggi..

Kepada semua Exco Exco Pemuda Umno maaf cakaplah.. Aku tau ada 3,4 orang yang bersuara, tapi demi mempertahankan intitusi pemuda, aku harap semua EXCO Pemuda kena buang sikap korporat tu.. baru nampak semangat penubuhan asal sayap pemuda..

MTK
Seronok dengar cerita Pemuda Umno era Datuk Harun Idris..

1 comment:

  1. salam bro,

    pemuda la ni kerabat elit. kalu tak berduit jangan dekat la. kaum elit ni kena tunjuk kaya la. bila cakap, dengar kuat tapi kosong. tapi tak kisah la tu, janji kuat. lagi kuat dan deras juga duit keluar lagi hebat sebagai pemuda. tang bangsa, agama, negara, kita tolak tepi dulu. kalu pemimpin atas bunyi baru kita ikut belakang. belakang sahaja, depan kasi orang tua la.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda