Monday, 29 July 2013

PANASS !!! PUSAT HIBURAN DI KEDAH KENA RUSH SEMPENA RAMADHAN !! PEMUDA PAS KEDAH PI MANA ?? [UNCENSORED]



Ingat lagi pendedahan pusat hiburan House Bar yang diluluskan zaman Pas menjadi Kerajaan ?? Kalau nak tau, dulu masa Pas tadbir pusat pusat hiburan yang mereka luluskan tak pernah pun dibuat serbuan.. Hanya cakap nak buat tapi tak buat pun.. Sebab pemimpin Pas waktu tu ada hubungan rapat dengan taiko taiko..Biasalah lu jaga wa punya bisness, wa tolong topup sama lu..

Sebab tu Pemuda Pas kecut teloq nak bersuara pasal pusat hiburan di Kedah.. Takut bila buka mulut, depa kena balun dengan orang atas.. Lepas tu bila BN ambik balik kerajaan Kedah, depa baru mula buka mulut pasal pusat hiburan ni..Kononnya nak bagi nampak BN selama ni buat salah..

Tapi bukan depa taktau semua ni kerja pemimpin pemimpin depa.. Biasalah, Pas mana nak mengaku salah depa maksum tak pernah buat dosa..kan??




Sempena bulan ramadhan kali ni, penguatkuasa MBAS dan Polis bekerjasama menyerbu kelab-kelab malam yang beroperasi tanpa lesen. Serbuan dibuat hampir setiap minggu jika mendapati ada kelab malam yang telah menyalahi undang-undang. Setakat ini sudah hampir 30 orang pekerja kelab malam diambil tindakan.

Perkara ini ditelah diakui oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz, malah Exco yang PBT yang terlibat dalam operasi kelab malam kali ini.

Serbuan dibuat atas laporan orang ramai yang kurang senang akan aktiviti kelab malam yang terang-terang mencabul dibulan mulia umat Islam ini.

Apa apa pun aku nak ucap tahniah kepada Kerajaan Kedah kerana berani bertindak tegas, walaupun tahu kaum bukan Islam pasti akan merungut kerana menganggu tempat mereka berhibur.. Bukan macam Pas, bila dap batuk sikit dah gelabah..

Operasi operasi sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengesan mana mana kelab malam yang tidak mematuhi syarat dan tidak mempunyai lesen perniagaan..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda