Thursday, 25 July 2013

PANASS !!! P KAMALANATHAN MEMALUKAN IMEJ KEMENTERIAN PENDIDIKAN !!




Memalukan !! Itulah ayat yang sesuai diberikan kepada P.Kamalanathan yang baru dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan menjawab isu makan di tandas pada kenyataan awalnya sebelum melawat sekolah berkenaan..

Dibawah ini adalah kenyataan awal dikeluarkan oleh P.Kamalanathan sendiri yang dipetik dari sebuah akhbar online tempatan..

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

"Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan hari ini.



Aku tak pasti dari mana beliau mengutip laporan berkenaan kenyataan awalnya.. Tapi yang pasti, beliau terikut ikut rentak pembangkang untuk menyalahkan pihak sekolah berkenaan..

Cuba baca perenggan kedua diatas dan bezakan kenyataan beliau dibawah selepas melawat sekolah berkenaan semalam..

1 - bilik persalinan ini sudah digunakan pada bulan Mac

2- Pelajar dan Guru berbangsa Melayu pun makan di bilik persalinan ini

3- PIBG juga telah dimaklumkan dan dipersetujui ibubapa

4- Pihak sekolah mohon bantuan untuk besarkan kantin


"Bilik itu digunakan sejak Mac lepas dan semua murid termasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah.

"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat setelah dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu hari ini.

Katanya cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga telah dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.

Jelas, selepas beliau melawat sekolah berkenaan baru beliau faham situasi sebenar yang dialami oleh pihak sekolah dimana menghadapi kesukaran untuk mengatasi masalah kepadatan pelajar di kantin sekolah berkenaan sehingga bilik persalinan digunakan sebagai kantin sementara sejak bulan Mac lagi..

Bila dah di beri penjelasan dari pihak sekolah, barulah beliau terhegeh hegeh untuk menutup isu ini bukan isu perkauman kononnya pelajar India ditindas oleh pihak sekolah..

Cuma nasihat yang aku nak berikan kepada Timbalan Menteri yang baru dilantik ini, janganlah terover melatah atau cuba mengeluarkan kenyataan memalukan sebelum melawat dan mendengar penjelasan dari pihak sekolah berkenaan..

Jangan terikut ikut dengan propaganda pembangkang untuk merosakkan perpaduan kaum di negara kita..

Kalau P Kamalanathan tidak mahu pekara ini berulang, lebih baik permohonan pihak sekolah untuk besarkan kantin berkenaan diluluskan serta merta..Tak perlulah mengkaji atau pertimbangkan lagi permohonan berkenaan..


MTK
Teringat lagi dulu masa sekolah berkepul kepul asap dalam tandas..Budak dulu2 rilek je..

7 comments:

  1. Kamalanathan mana tahu malu ..kalau dia tahu malu tidak lah dia melulu menuduh tanda usul periksa ...dapatkan lah info secukupnya sebelum buat statement...

    apalah malang nasib rakyat malaysia dapat menteri tak kompeten macam ni... ini mesti pasal kes Kuota MIC..dan akhirnya dilantik Tim Menteri...ikut merit memang tak layak.. Kamala you are not belong to the position.. shame on you ..

    ReplyDelete
  2. BIASA LE BARU NAIK PANGKAT DRPD YB BIASA KE TIMBALAN MENTERI ....
    PENDIDIDKAN PULAK TU TAPI PEMALAS UNTUK BUAT HOMEWORK SEBELUM MEMBERI KENYATAAN KEPADA UMUM ... MEMANG MEMALUKAN KEMENTERIAN JE

    TPM SEBAGAI MENTERI PENDIDIKAN PERLU MELIHAT AKAN PERKARA INI....
    JANGAN SAMPAI BERULANG LAGI.....

    ReplyDelete
  3. "Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan),"

    Katakan kepada saya mengapa saya tidak boleh menuduh anda rasis dan tidak layak menjadi Tim.Menteri Pendidikan?

    Anda rasis kerana mentang mentanglah terjadi kepada pelajar pelajar India, anda terus merlenting! Kalau terjadi kepada pelajar Melayu belum tentu anda akan melenting seperti itu.

    Anda tidak layak menjadi Tim. Menteri Pendidikan kerana anda TIDAK bijaksana! Pemimpin yang bijaksana akan menlakukan penyiasatan sebelum membuka 'your BIG mouth'

    ReplyDelete
  4. mmg rasis tim men ni..ini bahaya utk melayu islam kerana dia hanya mementingkan bangsa dia saja..sejak mac lagi budak2 melayu dah guna tempat tu..

    dgn kes ni, topeng tim men terbuka..dia mmg rasis...dgn kuasa yg dia pegang..umat melayu islam dlm bahaya..

    ReplyDelete
  5. yg silapnya org yg lantik ni tandeii jd timbalan menteri pendidikan. .. korang tak hairan ke knapa dua dua org timb. ment bukan org melayu islam. . di suruh pula jaga kementerian yg bgtu besar tugasnya. .. dah xde YB dari UMNO yg layak ke ?? memang menteri dua dua Islam tapi tau saja laa tugas ni menteri. . bukan sempat cover semua isu berbangkit. .. at least lantik laa timb. menteri islam untuk jaga kebajikan SK dan SMK. .. tu sjkc sama sjkt biar tandeii sama nyonya jaga. .. tu pun x bleh pikiaqq. .. haprak punya PM. .. lepas ni klau ada isu tentang pendidikan Islam suruh jaa kamalachiiikkk ni handle. .. malunya akuuuuu

    ReplyDelete
  6. Habislah orang-orang Melayu di negara ini - tiada pembelaan dari pemimpin-pemimpin yang mereka berikan mandat untuk membela nasib mereka di tanah air sendiri.Kaum pendatang dibelai dan dimanja-manjakan sementara kaum Melayu dianaktiri/dianakangkatkan.

    ReplyDelete
  7. Sebelum PRU 13, pemimpin MIC yang paling saya suka dan hormati ialah Kamalanathan.
    Sekarang, dah tak lagi.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda