Monday 15 July 2013

GEMPARR !!! UITM SHAH ALAM TERBAKAR ??



Berita dari seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mendakwa sedang berlaku kebakaran ketika ini

Pelajar berkenaan dengan nama Facebooknya Haikal Shafie, telah memuat naik gambar kebakaran tersebut.

Difahamkan anggota-anggota bomba dengan empat jentera bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran berkenaan.

Kebakaran dikatakan berlaku di sebuah bangunan di hadapan Kolej Perindu.



Keadaan terkini kebakaran masih belum diketahui.

Haikal melalui tweetnya memaklumkan anggota bomba kini sedang berusaha mengawal dan memadamkan kebakaran.

“Yang sedang terbakar ialah makmal kimia yang terletak di hadapan kolej Perindu,” katanya melalui Twitternya @HaikalShafie

Kami berharap kebakaran akan segera dipadamkan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

Sumber : theunreportednews.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda