Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara 10 tahun hari ini atas kesalahan pecah amanah wang insurans pelanggannya sebanyak RM66,647.44, hampir lapan tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer memutuskan demikian terhadap M. Kuppusamy, 63, yang juga seorang peguam selepas menolak rayuannya secara sebulat suara.
Kuorum berkenaan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Januari dua tahun lalu dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya pada 23 Disember tahun yang sama.
Bekas ADUN Rasah (kini Parlimen Rasah) bagi tempoh tiga penggal itu dikenakan waran tangkap pada Selasa lalu selepas dia gagal hadir ke mahkamah sebanyak lima kali ketika kesnya disebut.
Kuppusamy yang ditangkap pagi tadi di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan kemudian dibawa ke mahkamah bagi prosiding rayuan.
Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd. Abbas manakala Kuppusamy diwakili oleh peguam G. Ganeswaran. - UTUSAN ONLINE
rasa la...kata telus...tu terlebih telusssss
ReplyDelete