Thursday, 20 June 2013
"KEDAH AMAN MAKMUR" SLOGAN BARU KERAJAAN BN KEDAH
Kerajaan negeri Kedah akan menubuhkan sebuah makmal bagi merangka satu hala tuju dan pelan tindakan jangka masa panjang untuk mentransformasikan Kedah sebagai sebuah negeri maju dan makmur.
Kerajaan negeri juga akan mendapatkan idea dan cadangan pelbagai pihak dari dalam dan luar negeri bagi menjayakan Makmal Transformasi Kedah tersebut.. Makmal yang dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) itu bakal beroperasi dalam satu tempoh tertentu bermula bulan depan..
''Saya yakin pendekatan ini dapat membnatu kita memikirkan satu strategi yang lebih menyeluruh mengenai kaedah terbaik untuk mengeksploitasi kelebihan sedia wujud di Kedah dan mengatasi kelemahan" ujar YAB Menteri Besar.
Dalam pada itu kerajaan negeri Kedah telah melancarkan slogan baru iaitu " Kedah Aman Makmur" seiring dengan transormasi yang akan dilakukan oleh YAB Datuk Mukhriz Mahathir untuk memakmurkan negeri Kedah..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda