Saturday, 8 June 2013
INSANIAH KEKAL MILIK KERAJAAN NEGERI
Kerajaan negeri menafikan kolej universiti miliknya, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal diswastakan, seperti didakwa.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat sebelum ini, sebaliknya menegaskan Insaniah akan kekal menjadi milik kerajaan negeri selama-lamanya.
“Tidak ada cadangan untuk swastakan Insaniah setakat ini, walaupun umum mengetahui ia berdepan pelbagai masalah yang berlarutan sejak bawah pentadbiran PR,” katanya.
Menurutnya, pihaknya turut menafikan kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU) yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.
“Mungkin ia sekadar cakap kosong atau khabar angin yang timbul ekoran kebimbangan staf atau pelajar yang risau jika kolej universiti itu ditutup,” katanya.
Tajul Urus berkata, selepas beberapa perjumpaan dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Insaniah, pihaknya sudah merangka penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk tindakan.
“Kita akan fokus untuk jangka pendek terlebih dahulu, antaranya isu gaji, asrama pelajar dan kebajikan staf. Dua perkara utama yang dikenal pasti untuk tindakan segera ialah atasi kelemahan pentadbiran dan pengurusan serta kekangan kewangan,” katanya.
Menurutnya, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas diwujudkan untuk transformasi Insaniah ke arah lebih baik dalam usaha menentukan hala tuju kolej universiti itu.
“Mesyuarat Exco telah bersetuju untuk wujudkan pasukan khas ini. Langkah pertama ialah melantik Timbalan Rektor, Datuk Che Barni Mohd Noh sebagai pemangku Rektor bermula Jun,” katanya.
Tajul Urus berkata, lantikan itu berkuat kuasa selama enam bulan, sehingga lantikan baru bagi jawatan Rektor dibuat.
“Dalam tempoh transisi seperti ini, kita wajar beri keutamaan kepada perkara penting terlebih dahulu. Ia memerlukan masa untuk selesaikan semua isu berbangkit, saya akan cuba teliti satu persatu ikut kepentingan,” katanya.
Menurutnya, kos operasi Insaniah antara perkara yang diberi tumpuan, dan tidak menolak kemungkinan akan dibuat beberapa rombakan membabitkan jawatan pengurusan tertinggi.
“Perkara yang berkaitan dengan kos operasi akan dinilai, mana-mana yang tidak memberi manfaat kepada Insaniah akan dimansuhkan, selain keutamaan terhadap kebajikan pelajar. Kita akan cuba jimatkan kos dengan buat beberapa perubahan,” katanya.
Tajul Urus turut membangkitkan keperluan memiliki dua kampus iaitu di Mergong dan Kuala Ketil yang akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.
“Sekarang ada dua kampus, ia libatkan kos yang banyak. Kita wajar nilai keperluan miliki dua kampus pada masa akan datang. Ianya masih dalam perbincangan dan saya harap pasukan khas itu akan kemuka beberapa cadangan sebagai panduan,” katanya.
Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan agar dilantik konsultan untuk memberi penambahbaikan kepada Insaniah agar lebih cemerlang, sebagai langkah jangka panjang.
“Saya percaya dengan adanya pasukan itu termasuk konsultan, kita akan hasilkan satu penyelesaian terbaik tangani kemelut di Insaniah,” katanya.
Kelmarin, sumber-sumber mendakwa Insaniah bakal diswastakan apabila timbul desas-desus kerajaan negeri menawarkan penjualan kolej itu kepada beberapa buah IPT yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.
SINAR ONLINE
Undi dlman dap tipu..Tunku kata dlm dap lagi parah..super rasis..rasuah..plan mcm arab spring..tapi ditunggang Melayu utk melakukannya..melayu di tindas..semua cina dpt. Janji rumah.rakyat.tuiii bohong..byk lagi lagi parah..
ReplyDeletePas kata islamik tapi perbuatan masyaAllah kalah org Umno yg dilabelkan kafir. Pemimpin berdegor degor cakap kosong...dlm masjid luar masjid sama aje...citer fitnah maki mencarut..
Kata zuhud..ya la org bawah je hidup zuhud tapi yg diatas kaya raya melimpah isteri..ishhhh
Dpt negeri jadi miskin..kata umno mcm mcn..tapi aneh takde hasil berhutang utk gaji kroni mahalll bebbb..tender keluarga kroni rembat semuaaa...suruh org takbirrr memanjang..tapi dia lintang pukang mengaya diri..belum lagi tanah gondol air kuning tanah byk..huhhuh...indah khabar dr rupa
Pakatan..ini dah sah...penghancur Melayu. Bergabung dgn dap dan pas bukan utk.rakyat tapi utk menghancurkan Umno. Sanggup buat apa saja asal dendam tercapai. Masalah moral agama LGBT..laluan mudah murtad..MasyaAllah
lingkup la Malaysia mengundang bala dtg jika menyokong LGBT dan murtad... Tak kira jurus apa yg pasti dendam harus tercapai..pm harus dpt..rekalah citer apa saja pasti org percaya kerana dia tau penyokong taksub dan boleh diperbodohkan.
JGN GADAI KALIMAH ALLAH. Sejahat jahat umno kata pas pkr..tapi tidak menggadai kalimah Allah. Menentang keras MURTAD. HARAM MENYOKONG LGBT.