Friday, 3 May 2013
WAJIB BACA !!! SURAT BEKAS KAWAN KARIB ANWAR MERANGKAP PENGASAS PKR KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Kehadapan rakyat Malaysia,
Tujuan saya menulis surat ini datang daripada kegelisahan yang saya rasakan terhadap dua perkembangan yang berlaku terhadap para pengundi yang mungkin akan memberikan kesan buruk terhadap masa depan negara kita.
Perkembangan yang pertama adalah trend yang melibatkan segelintir pengundi Melayu, dari kawasan bandar dan juga luar bandar.
Perkembangan yang kedua pula adalah trend yang dapat dilihat daripada segelintir komuniti bukan Melayu.
Jika kedua-dua trend ini bergabung dan berjaya pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei ini, ini mungkin akan memberi kesan buruk terhadap rakyat.
Pengundi Melayu.
Segelintir kaum Melayu, yang kecewa dengan gejala rasuah yang melibatkan golongan elit serta jurang pendapatan antara kumpulan berpendapatan tinggi dan mereka yang berpendapatan rendah, menganggap bahawa pelaksanaan hudud serta negara Islam boleh dijadikan sebagai jalan penyelesaian.
Namun, mereka perlu mempertimbangkan beberapa perkara berikut.
Pertama, adakah mana-mana negara yang menggunapakai model tersebut boleh digunapakai sebagai contoh bagi Malaysia? Arab Saudi? Sudan? Afghanistan?
Kedua, mengapa negeri-negeri yang mempunyai majoriti penduduk Islam masih tidak melaksanakan Pentadbiran Hudud?
Ketiga, mengapa rakyat di negara-negara Islam lain di dunia, terutamanya Indonesia, menolak parti-parti yang memperjuangkan hudud setiap kali pilihanraya dijalankan?
Keempat, mengapa negara yang mempunyai kerajaan yang berasaskan Islam seperti Turki, tidak melaksanakan undang-undang hudud hanya kerana negara mereka mengamalkan prinsip demokrasi, berperlembagaan serta sistem sekular?
Kelima, jika tulang belakang kepada kerajaan bagi Malaysia sejak tahun 1957 adalah PAS dan bukannya UMNO, apa yang mungkin akan terjadi kepada keadaan sosio-ekonomi bagi kaum Melayu sekarang?
Adakah paras kemiskinan dapat diturunkan dari 64% kepada 1.7%?
Adakah transformasi yang mendadak mungkin berlaku kepada rakyat, selama lebih dua generasi, yang memperlihatkan peranan ketara bagi kaum Melayu terhadap pendidikan, pekerjaan serta perdagangan dan industri, berbanding era Kemerdekaan?
Adakah kaum Melayu mampu muncul sebagai komponen penting bagi segmen kelas pertengahan yang sememangnya membantu bagi menstabilkan hubungan antara etnik serta politik bagi Malaysia seterusnya membolehkan sistem demokrasi berfungsi?
Dengan hanya melihat kepada kepimpinan PAS selama 22 tahun di Kelantan sudah cukup bagi rakyat untuk melihat apa yang mungkin akan terjadi jika PAS melaksanakan sistem pemerintahan ‘Islam’ mereka.
PAS Kelantan bukan sahaja gagal membuka peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Kelantan yang berkelayakan tinggi, malah PAS juga gagal membendung isu penagihan dadah yang semakin meningkat di negeri tersebut,
Kelantan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang dikatakan sebagai sebuah negeri yang ‘gagal’. Dari situ, pengundi sendiri dapat melihat jenis ‘kerajaan Islam’ yang diimpikan oleh PAS.
Pengundi Bukan Melayu.
Jika sesetengah pengundi Melayu sedang hanyut dibuai mimpi terhadap ke’Islaman’ PAS, sesetengah pengundi bukan Melayu pula, terutamanya kaum Cina dan India kelas pertengahan, percaya bahawa parti yang mereka undi akan menunaikan segala janji yang diberi.
Mereka yakin bahawa undi mereka mampu ‘menghapuskan diskriminasi etnik’ dan menghentikan ‘ketuanan Melayu’ (persepsi semata-mata).
Memandangkan pemimpin-pemimpin yang sering ‘memperjuangkan’ perkara ini tidak pernah menjelaskan secara terperinci tentang apa yang mereka maksudkan dengan diskriminasi etnik dan konsep ketuanan Melayu, kaum bukan Melayu kini dengan mudah mempercayai retorik yang mempunyai beberapa kesimpulan yang berbeza.
Rata-ratanya, ada persepsi yang timbul menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Ini adalah sesuatu yang mustahil. Beberapa Artikel dalam Perlembagaan Malaysia berhubung dengan jawatan bagi sektor perkhidmatan awam, lesen, biasiswa dan tanah rizab (seperti yang termaktub dalam Artikel-Artikel lain) tidak boleh dipinda atau dimansuhkan oleh Parlimen walaupun jika PR berjaya meraih 100% kerusi.
Hak Keistimewaan Melayu adalah dilindungi oleh Institusi Raja Melayu.
Secara amnya, ketiga-tiga parti komponen PR, termasuk DAP, menyokong Hak Keistimewaan Melayu.
Namun, teriak yang dilaungkan oleh beberapa aktivis DAP dan PKR membayangkan seolah-olah Hak Keistimewaan tersebut sebagai satu diskriminasi, maka ia tidak boleh diterima.
Atas sebab inilah, pemimpin mereka perlu jujur dengan ahli serta penyokong parti tersebut.
Beritahu mereka perkara yang sebenar.
Hak keistimewaan Melayu mahupun mana-mana Artikel yang terdapat dalam Perlembagaan negara tidak boleh diubah, walaupun jika PR berkuasa.
Memandangkan PR tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Hak keistimewaan Melayu, apakah jenis diskriminasi yang akan mereka hapuskan?
Adakah PR akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
Dari segi teori, DEB sudah tidak wujud. DEB telah selesai sejak tahun 1990 lagi, walaupun objektif penyusunan semula masyarakat tetap digunapakai bagi beberapa bahagian bagi mengurangkan jurang antara etnik dengan fungsi ekonomi.
Melihat kepada objektif tersebut, ini tidak boleh dikategorikan sebagai diskriminasi etnik.
Sebaliknya, ini adalah satu usaha untuk meningkatkan integrasi nasional.
1Malaysia
Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa kelemahan sebenar DEB adalah berkait rapat dengan cara pelaksanaannya — dan perkara ini akan diperbetulkan.
Sepanjang tempoh empat tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjalankan pembetulan-pembetulan tersebut.
Biasiswa bagi pelajar kini ditentukan oleh merit; ini adalah satu usaha kuat bagi meningkatkan jumlah penjawat awam dari kaum Cina dan India; di mana peluang bagi mereka untuk berkhidmat bagi sektor awam kini kian meningkat, termasuk jawatan-jawatan tinggi.
Pada masa yang sama, bagi usaha niaga 1Malaysia pula – dari kedai runcit hingga kepada program perumahan mampu milik – terbuka kepada semua kaum.
Konsep 1Malaysia sentiasa memastikan pelaksanaan secara menyeluruh. Datuk Seri Najib juga kini sedang menumpukan perhatian terhadap keperluan bagi komuniti etnik-etnik serta sub-etnik yang berbeza, dan melibatkan mereka pada peringkat sosial serta budaya bagi merealisasikan aspirasi 1Malaysia.
Mesej yang cuba disampaikan Perdana Menteri kepada rakyat melalui konsep ini adalah, kita perlu sentiasa mempunyai persefahaman antara satu sama lain, tidak kira agama dan budaya.
Kita perlu saling hormat-menghormati.
Menghormati antara satu sama lain bermakna kita tidak boleh mempergunakan satu sama lain.
Perkara ini dapat dilihat dalam isu penggunaan simbol bagi DAP.
Walaupun isu ini sebenarnya bukan isu, dimana DAP dibenarkan untuk mengguna simbol ‘roket’ parti tersebut.
Dalam drama tersebut, pemimpin DAP telah membuat keputusan untuk bertanding dengan menggunakan simbol PAS dan bukan PKR.
Bukankah lebih logik bagi DAP untuk menggunakan simbol PKR memandangkan DAP mahu Presiden PKR, Anwar Ibrahim, untuk menjadi bakal Perdana Menteri jika PR menang Pilihanraya Umum ini?
Mengapa DAP mahu menggunakan simbol parti yang memperjuangkan hudud dan negara Islam, yang mereka tentang sekeras-kerasnya?
Adakah kerana PAS meraih lebih banyak sokongan Melayu di Semenanjung berbanding PKR dan DAP mahu menggunakan peluang tersebut?
Bukankah ini dikira sebagai mengambil kesempatan?
Adakah ini objektif sebenar gabungan PAS-DAP-PKR?
Gabungan yang menggunakan antara satu sama lain bagi merebut kuasa tetapi menentang antara satu sama lain? I
ni merupakan satu bencana, sikap saling menggunakan satu sama lain pula membawa kepada malapetaka yang lebih besar.
FIKIR DENGAN TELITI! UNDI SECARA BIJAK!!
Sekian,
Chandra Muzaffar.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda