Secara profesional beliau berjaya mengekalkan sifat tenang, sabar, berbudi bahasa, tegas dan komited sehingga dapat mengawal keadaan daripada kucar kacir walaupun beliau telah dicerca, dimarah, disorak, ditengking, dihina dan dicabar oleh peserta-peserta perhimpunan.
Ini menggambarkan kefahaman dan kepatuhan beliau terhadap dasar semasa dan pendekatan pasukan dalam situasi ketenteraman awam dan sewajarnya dijadikan contoh kepada yang lain.
Tahniah Konstabel Muhalim!
* Gambar Konst. Muhalim dimaki hamun itu sempat dirakam oleh jurugambar Utusan Malaysia, Izham Jaafar.
Sumber Myneswhub
Tahniah konstabel Muhalim. Pada pompuan yg ganazzz memaki hamun konstabel tu takde hadiah ke? Bagi la satu.....PENAMPAR JEPUN! KEHKEHKEH.
ReplyDeleteTahniah kepada Konstabel Muhalim, semoga terus sukses dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Tugas anda bukan hanya sebagai Kerjaya tepi lebih daripada itu ia adalah Jihad untuk Agama, Bangsa dan Negara. Ia adalah ibadah kepada Allah SWT. Kami sentaisa doakan PDRM agar direstui Allah SWT dan dipermudahkan olehNYa dalam jihad ini. Amin
ReplyDelete