Wednesday, 1 May 2013

PANASS !! TENTERA KACANG MERAH DAP MAKAN DUIT RASUAH




Sebelum ini telah didedahkan kewujudan kumpulan 'cybertrooper' DAP yang bergelar Red Bean Army dan difahamkan telah wujud sejak 2006-2008 lagi dengan anggaran kekuatan mereka antara lingkungan 2,000 hingga ke 3,000 orang.

Selepas pembangkang berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, dan Perak dalam Pilihan Raya Umum 2008, mereka mula mengeluarkan tender-tender projek kepada kroni-kroni mereka.

Modus operandi mereka itu kemudian dipanjangkan lagi dengan penerima projek berkenaan perlu membiayai program-program anjuran DAP, termasuklah membiayai kumpulan cybertroopers itu. Dengan cara ini mereka dapat menyembunyikan aktiviti rasuah mereka dan terlepas daripada dituduh korup.



Banyak projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang itu sebenarnya menjadi dana buat kumpulan ini bergerak dan membolehkan DAP mengupah individu-individu tertentu bagi menjalankan kegiatan keji mereka.

Tindakan sebegini sukar dikesan kerana hanya sebahagian kecil sahaja cybertrooper dibayar oleh pemimpin-pemimpin DAP sendiri. Mereka dibayar dengan suatu jumlah yang sangat lumayan. Anggaran sekitar RM3000 – RM8000.

Dengan tugas mengugut, mengancam dan menyerang laman web pro kerajaan Barisan Nasional (BN), setiap anggotanya mampu mencecah pendapatan sehingga RM3,000-RM8,000 sebulan. Antara onar yang berjaya dilakukan mereka apabila mengugut dua artis Taiwan yang akan mengadakan persembahan di Malaysia sehingga memaksa rancangan mereka untuk datang ke Malaysia dibatalkan.

Artis Korea popular, Psy, adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu. Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen, Jackie Chan dan Dato Michelle Yeoh.

Malah tokoh Sami tersohor Buddha, Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato Seri Najib. Mereka juga berjaya memanipulasi insiden di KFC I-City di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun, telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam.

Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar, sehinggakan media asing turut menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang teruk dan tidak selamat. Modus operandi kumpulan ini juga adalah termasuk menyerang dan memalukan mana-mana individu atau kumpulan yang dilihat cenderung alam maya menyokong Barisan Nasional. Lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam.

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa.

1 comment:

  1. RED BEAN ARMY, buang BEAN tu..jadi RED ARMY...kepala bapak China Komunis..

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda