Saturday, 4 May 2013

PANASS !!! KALAU PAS MENANG, KEDAH BERTUKAR MENJADI MINI DANOK ??




Masih ingat lagi isu pusat hiburan House Bar di Alor Mengkudu?? Kalau tak ingat biaq aku refresh balik apa yang Pas buat selama 5 tahun mentadbir negeri Kedah..

House Bar adalah satu bala Kerajaan Pas Kedah di mana ada pemimpin pemimpin Pas terlibat secara langsung dalam hal ini...Akibat terbongkarnya isu ini, Azizan terpaksa mencari pelbagai alasan untuk menafikan pemimpinnya terlibat, walaupun beliau tahu pekara sebenar..





5 tahun Pas perintah kedah pusat hiburan sepatutnya makin berkurang, tetapi lain pula jadinya. Hampir 500 lebih premis pusat hiburan di Kedah dilberikan kelulusan untuk beroperasi.Walaupun tidak mempunyai lesen yang sah tetapi Exco PBT tetap memberi keutamaan kepada mereka untuk memohon lesen..

Bila diserang bertubi tubi, exco berkenaan lepas tangan, MB pulak salahkan orang lain dalam hal ini ?


ini gambar kelab malam di jalan alor mengkudu sebelah caltex

Bab kelulusan lesen pusat hiburan Di Kedah didalangi oleh Phahrolrazi..Bila isu ini dibongkar beliau menuduh KCS dan pegawai kerajaan tempatan cuba memperburukkan kerajaan negeri..Menurut dari sumber dalaman Pas, beberapa taukeh cina ada datang berjumpa beliau untuk mendapatkan lesen kelulusan pusat hiburan..Ini adalah salah satu contoh bukti surat yang di tandatangani oleh EXCO terbabit.

sebelah kanan bawah ada tertulis "sila bantu permohonan ini "yang ditulis oleh exco terbabit

Ahli majlis sebenarnya tidak pernah meluluskan lesen tapi EXCO yang meluluskan..Akhirnya pusat pusat hiburan ini dibuka..Pusat hiburan ini hanya boleh dikompaun saja dan tidak pernah diarahkan tutup atau di sita oleh EXCO...Zaman Kerajaan UMNO/BN memerintah kelab malam diarahkan tutup tapi bila zaman pas langsung tiada arahan untuk ditutup..Pemilik hanya dikenakan kompaun biasa sahaja..Lepas bayar semuanya SELESAI..

Kalau kita tengok manifesto Pas Kedah pada PRU yang lalu Pas berjanji untuk mengawal semua punca yang boleh menyumbangkan kepada gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, melepak, pergaulan bebas dan hiburan yang melampau..


Adakah Pas berjaya mengawal semua yang dijanjikan pada manifesto PRU lalu  atau Pas berjaya menambah pusat pusat hiburan di Kedah ?? Kewujudan pusat pusat sebegini sebenarnya telah merosakkan akhlak anak anak muda ..

Memang benar kata pemimpin pemimpin Pas lesen pusat hiburan ini diberikan untuk tempat berhibur bagi orang bukan melayu TETAPI Pas boleh pasti kah orang melayu tak masuk ?? Malah ada anak berbangsa melayu bekerja dalam pusat hiburan di Alor Star..Pas tak malu kah ??

Kini pusat hiburan di Kedah menjadi satu kebiasaan untuk remaja remaja melepak..Contoh gambar dibawah ini kelihatan beberapa anak muda bangsa melayu datang ke pusat hiburan

anak melayu depan pusat hiburan

tunggu masa nak masuk dalam

depan pintu masuk





Pekara begini sepatutnya boleh dielak jika Pas betul betul menunaikan apa yang janjikan pada manifesto PRU yang lalu..Sekarang ini Pas mentadbir Kedah, pas boleh melakukan apa saja kalau rasa apa yang kerajaan BN sebelum ini buat tak betul..Tak perlu berdolak dalih menyalahkan pihak lain sedangkan kelulusan premis hiburan di Kedah dibawah kuasa kerajaan negeri..


Jadi kepada rakyat Kedah, adakah anda mahu menyokong pakatan?? Kalau pangkah lagi lepas ni Kedah jadi mini danok lah.. Totok lepas Pas tak payah pi di siam  dah lepas ni..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda