Nama mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani 26 dan Nurul Intan Syahida, 22 serta sepupu Nurul Intan iaitu Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28 dan Asma Ismail, 22.
Kejadian ini berlaku pada jam 5:30 petang, 19 May 2013 di KM 23.1 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Ampang ke Hulu Klang. Kejadian ini melibatkan 3 buah kereta iaitu Proton Satria, Perodua Viva dan Suzuki Swift serta satu motosikal. Empat orang yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah pemandu dan penumpang Perodua Viva terbabit.
Kejadian ini berlaku sebelum hujan lebat turun membasahi bumi. Sebuah Proton Satria dipandu laju dan dipercayai mengalami kerosakan brake lalu terbabas ke laluan bersebelahan melanggar pembahagi jalan dan bertembung dengan Perodua Viva. Suzuki Swift yang mengikut dibelakang Perodua Viva tidak sempat mem’brake lalu turut menghentm Perodua Viva tersebut. Sebuah motosikal juga tidak sempat mengelak lalu terjatuh tetapi hanya cedera ringan sahaja.
Pemandu dan penumpang Perodua Viva tersebut maut keempat-empat di tempat kejadian. Salah seorang penumpang wanita tercampak keluar dan lebih tragis, kepala mangsa terputus.
Ramai pengguna Twitter yang menceritakan pengalaman mereka ketika melalui tempat kejadian. Berikut adalah beberapa gambar yang dapat kami kongsikan menerusi perkongsian rakan-rakan media di Twitter.
Video:
Baca Selanjutnya di Ohtidak
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda