Tuesday, 21 May 2013

KAMI MEMATUHI PERATURAN DAN PIAWAIAN KESIHATAN GLOBAL - AIRASIA





Setelah isu penganiayaan Airasia terhadap Ibu dan anaknya yang dijangkiti demam campak tersebar dan menjadi perbualan hangat di laman laman media sosial, pihak pengurusan Airasia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka semalam..

Paling mengecewakan, tiada langsung permohonan maaf daripada Airasia kepada mangsa terlibat.Sebaliknya pihak Airasia mendakwa mereka hanya mengikut prosuder dan peraturan kesihatan global..

Kenyataan Airasia





Kami merujuk kepada isu yang dibangkitkan dalam media sosial baru-baru ini, mengenai para tetamu kami yang tidak dibenarkan menaiki pesawat untuk penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur pada 18 Mei 2013.

Kami ingin menjelaskan bahawa mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana salah seorang daripada mereka, iaitu seorang bayi, telah didapati dijangkiti dengan virus cacar air.

Ini telah disahkan oleh doktor yang bertugas di lapangan terbang, yang juga mengisytiharkan bahawa bayi tersebut tidak berada di tahap kesihatan yang dibenarkan untuk menaiki penerbangan (salinan laporan perubatan disertakan).

Dalam kes ini, laporan perubatan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu telah dibawa untuk perjalanan hanya 3 hari selepas simptom pertama muncul dan didapati menghidapi demam, mata berair, hidung berair dan ruam pada kebanyakan bahagian badan.

Berdasarkan penemuan ini, doktor mengisytiharkan bahawa kanak-kanak itu tidak berada di tahap kesihatan yang sesuai untuk terbang.

Pendapat perubatan daripada seorang tetamu yang mendakwa dirinya seorang doktor, yang mengatakan bayi tersebut berada dalam keadaan kesihatan yang sesuai untuk terbang, tidak boleh diterima.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, “Pada hari tersebut, wakil kami telah menyediakan bantuan yang diperlukan kepada kedua ibu dan anak tersebut, dan kami telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanahair serta 2 orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja anak kecil itu didapati sihat sepenuhnya oleh pakar perubatan.

” Kami juga ada menawarkan untuk menguruskan penginapan hotel dan pengangkutan, namun mereka mengesahkan bahawa sudah mempunyai apa yang perlu untuk berada di Ho Chi Minh City”

“AirAsia mematuhi peraturan dan piawaian kesihatan global, di mana tetamu yang menghidapi cacar air hanya dibenarkan terbang 5 hari selepas simptom pertama (ruam) muncul dan harus memiliki sijil perubatan yang sah atau surat doktor untuk mengesahkan bahawa tetamu layak untuk melakukan perjalanan.

” Ini untuk mengelakkan risiko terhadap 175 tetamu lain dalam penerbangan,” tambah Aireen.

Berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengurangkan risiko jangkitan, penumpang yang tidak sihat – terutamanya jika mereka menghidapi demam – seharusnya menunda perjalanan mereka sehingga mereka telah pulih sepenuhnya.

Penumpang dengan penyakit berjangkit yang aktif disarankan agar tidak melakukan perjalanan udara.

AirAsia mempunyai tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua para tetamu kami, dan kami berhak untuk menafikan penumpang yang mengidap penyakit berjangkit atau kronik daripada menaiki penerbangan.

Tetamu yang menghidapi atau disyaki mempunyai penyakit berjangkit seperti cacar air, rubella, campak atau beguk boleh merujuk kepada laman web AirAsia di www.airasia.com untuk mengetahui sama ada mereka layak untuk menaiki penerbangan atau sebaliknya.

Tetapi adakah kenyataan yang dikeluarkan sama seperti apa yang dilaporkan secara detail di laman blog Mazidul Akmal Sidek? klik sini

Adakah benar laporan yang diterima Airasia oleh kakitangannya di Vietnam sama seperti apa yang berlaku disana?

Pelik juga dengan kenyataan rasmi Airasia ni, mereka mendakwa syarikat Airasia ini mematuhi standad piawaian yang ditetapkan kesihatan global tetapi kenapa Airasia tidak melarang Ibu dan bayi malang itu daripada menaiki pesawat sejak dari awal perjalanan mereka ke Ho Chi Ninh?? Sedangkan ketika itu bayi berkenaan baru masih demam..

Jika melihat pada gambar gambar yang di muat naik ke dalam blog Www.Mazidul.com benarkah bayi malang berkenaan diperiksa oleh Doktor tempatan sewaktu di Airtport??

Menurutnya lagi, hanya seorang saja yang memakai pakaian seperti jururawat itu datang memeriksa suhu badan bayi berkenaan..Itu pun diam seribu bahasa bila ditanya sama ada bayi itu demam atau . langsung kelibat Doktor tempatan disana yang kebetulannya ada seorang penumpang mendakwa dirinya sebagai Doktor dan mengesahkan sendiri bayi berkenaan sihat dan tidak membawa sebarang penyakit..

5 comments:

  1. kenyataan penuh penipuan kalau mengikut alasan itu.....kalau grnd staff di LCCT buat keja betol betol ibu dan anak tak akan dapat berlepas ke Vietnam maka insiden ini takkan terjadi...menurut ibu nya anak beliau sudah sakit beberapa hari sebelum berlepas bukan mula sakit di Vietnam.... ALASAN YANG NAK MEMPERBODOHKAN ORANG RAMAI.....AKAI TAK DA KA....
    Pengakuan mereka melalui kenyataan ini menampakkan KECUAIAN pihak AIRASIA menjalankan 'screening' dengan teliti dan ini boleh membawa mudarat terhadap kesalamatan penumpang dan pesawat.
    Kalau dah bersalah mengaku je dan minta maaf tapi dok nak spin pulak kan dah nampak pekung ......BUSUK OOOOiiIIIIIIIO.....
    Bukan ini saja, saya nak tanya AIRASIA apa policy mereka tentang UNACCOMPANIED BAGGAGE ????
    Macam mana depa boleh 'TAKE - OFF' dengan beg yang tidak bertuan......WHAT IS INTERNATIONAL PROCEDURE ON THIS???? depa main International kit pon main juga la bole kut....
    NIe lagi satu disebabkan mereka berada diVietnam diatas KELALAIAN pihak AIRASIA maka sepatutnya lah AIRASIA dipertanggungjawabkan mengurus semua urusan semasa Ibu dan anak berada di Vietnam.

    Ha nie last bua masa nie, DI atas KECUAIAN AIRASIA membawa seorang kanak kanak yang mengidap penyakit senang berjangkit kedalam penerbangan mereka ke Vietnam maka AIRASIA telah meletakkan kanak kanak yang lain dipesawat itu terbuka kepada jangkitan jadi apakah tindakan selanjut oleh pihak AIRASIA dah hubungi semua penumpang di pesawat tersebut ke ? dan sangup tanggung kos perubatan mereka jika sakit .?? Lain kali nak spin biar logik la sikit...

    ReplyDelete
  2. Standard jawapan AirAsia.. Setakat bagi alasan... Apa yg Eri cakap kat atas tu mmg tepat! Boikot AirAsia! Walaupun MAS mahal sikit tak apa! Apa salah berkorban utk syarikat negara sendiri! Stakat nak bagi Tony jadi billionair, emmm payah! Hutang dia pun berbillion2!

    ReplyDelete
  3. BIAR AIR ASIAL RASA AKAN KEPANASAN.. DENGAN JAWAPAN STANDARD DAN JUGA KENYATAAN CEO YG MELAYU YANG TAK SERUPA MELAYU (UNISEX)....

    ReplyDelete
  4. AKU PUN SOKONG... MEMANG AA NI LALAI BUAT KEJE. DALAM 175 PENUMPANG TU DIA ORG PASTI KE SEMUANYA SIHAT. CKP IKUT STANDART KONON.. AKU DULU PUN SELALU GUNA AA NI UTK INTERNATIONAL PUNYA, MANA ADA DIA ORG CHECK TAHAP KESIHATAN PENUMPANG.. AKU TAKKAN GUNA AA NI LAGI LA. PENIPU, PEMBOHONG, KEJAM, ZALIM, MENGANIAYA ORG JE.

    ReplyDelete
  5. KPD MR. TONY DAN CEO MELAYU (UNISEX) YG BOTAK BERPAKAIAN ALA BETINA SEBAGAIMANA JATUHNYA KELAB QPR DARI BPL KE DIV BAWAH BEGITU JUGA AKAN JATUHNYA AIR ASIA ....... TUNGGU DAN LIHAT AKAN KEADAAN TERSEBUT SEKIRNYA INI MENJADI AMALAN AIR ASIA........

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda