Thursday, 23 May 2013

HOT !! AIRASIA ENGGAN TERBANGKAN JENAZAH !! MACAM MACAM BETUL LAH AIRASIA NI !!




Ini lagi kisah rakyat Malaysia yang pergi bercuti ke luar negara menggunakan penerbangan tambang murah Air Asia tetapi terpaksa balik menggunakan penerbangan MAS. Jika sebelum ini melibatkan kejadian di Vietnam, kali ini di Indonesia pulak.Bezanya adalah kali ini membabitkan jenazah penumpang yang meninggal dunia semasa bercuti di sana.

Allahyarhamah Fatimah Sudin, 72, meninggal dunia di Hospital Jogjakarta Indonesia (JIH) setelah diserang angin ahmar dan pendarahan otak ketika melancong bersama rakan-rakannya di Jogjakarta, Indonesia.

Anak Allahyarhamah, Azlina Ramli, 46, berkata ibunya Fatimah Sudin, 72, mengalami pening dan muntah selepas makan malam pada hari Ahad lepas dan dibawa oleh rakannya ke JIH untuk rawatan.



“Kawan emak hubungi doktor di sana, doktor sahkan emak alami strok dan pendarahan dalam otak, selepas itu kawan emak menghubungi saya untuk memberitahu keadaannya,” katanya.

Beliau berkata ibunya disahkan meninggal dunia semalam kira-kira pukul 1.55 petang dan pihaknya menghadapi sedikit masalah logistik dalam urusan membawa pulang jenazah ibunya.

“Urusan membawa keluar jenazah sepatutnya dilakukan semalam tetapi tergendala kerana masalah logistik,” katanya.
Jenazah dibawa pulang dengan penerbangan MAS dan tiba di Malaysia Selasa malam.

Allahyarhamah dilaporkan ke Jogjakarta menaiki penerbangan tambang murah Air Asia, bagaimanapun syarikat tersebut enggan membawa pulang jenazahnya dengan alasan ‘tidak mempunyai lesan’ untuk berbuat demikian.

Kelewatan berlaku kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.
Sementara itu, Jurucakap MAS berkata penerbangan menerusi anak syarikatnya, MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) menyediakan perkhidmatan membawa pulang jenazah tanpa mengira waktu dan masa.

Jurucakap syarikat berkenaan, Muhamad Zahid memberitahu, secara asasnya waktu perkhidmatan berkenaan, termasuklah penghantaran kargo lain beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.Bagaimanapun, katanya, MASkargo sentiasa bersiap sedia sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan selepas waktu berkenaan.

“Perkara ini meliputi juga penghantaran atau membawa pulang jenazah dari luar negara. Secara asasnya, perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa dan apabila diperlukan,” katanya.-22/5/2013 – Agenda

Sumber Agenda Daily

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda